Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

Adakah Dana Yang Di Rompak Perlu Di Bayar Cukai

Bulan lepas, Najib tanya Guan Eng kenapa dana yang dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian dikira sebagai pendapatan dan dicukai. Guan Eng jawab bahawa ini adalah berdasarkan dasar dan undang-undang pencukaian sedia ada yang dibuat semasa pentadbirannya dan ketika Najib Razak menjadi Menteri Kewangan. Walaupun dia tak jawab soalan Najib secara terus, Guan Eng tidak menipu dalam bab ini. Memang ada keperluan untuk undang-undang yang dikatakan kejam seperti ISA tetapi ianya juga boleh disalahguna untuk tujuan politik sebab diberikan kuasa yang terlalu besar kepada pemerintah.(Sebab itu, masa Najib Razak PM, ISA digantikan dengan SOSMA yang lebih adil dan lebih banyak proses "semak dan imbang")Begitu juga dengan undang-undang pencukaian. Di bawah undang-undang cukai Malaysia, seksyen 106 jelas menunjukkan bahawa LHDN ada kuasa untuk mengenakan sebarang cukai tambahan dan penalti ke atas mana-mana orang dan seksyen 106 (3) juga mengatakan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk