Adakah Dana Yang Di Rompak Perlu Di Bayar Cukai
Bulan lepas, Najib tanya Guan Eng. Kenapa dana yang dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian dikira sebagai pendapatan dan dicukai.
Guan Eng jawab bahawa ini adalah berdasarkan dasar dan undang-undang pencukaian sedia ada. Ianya dibuat semasa pentadbirannya dan ketika Najib Razak menjadi Menteri Kewangan.
Walaupun dia tak jawab soalan Najib secara terus, Guan Eng tidak menipu dalam bab ini.
Memang ada keperluan untuk undang-undang yang dikatakan kejam seperti ISA tetapi ianya juga boleh disalahguna untuk tujuan politik. Sebab diberikan kuasa yang terlalu besar kepada pemerintah. (Sebab itu, masa Najib Razak PM, ISA digantikan dengan SOSMA yang lebih adil dan lebih banyak proses "semak dan imbang"). Begitu juga dengan undang-undang pencukaian.
Di bawah undang-undang cukai Malaysia. Seksyen 106 jelas menunjukkan bahawa LHDN ada kuasa untuk mengenakan sebarang cukai tambahan dan penalti ke atas mana-mana orang dan seksyen 106 (3) juga mengatakan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mengurangkan atau membatalkan tuntutan cukai LHDN. Biarpun tuntutan cukai itu disalah kira, tak adil atau tak patut.
Prinsipnya ialah "pay first, talk later" (bayar dulu, bincang kemudian).
Jika LHDN nak kenakan cukai RM10 trilion pun. Ianya sah di bawah undang-undang dan yang dicukai kena bayar dulu baru bincang.
Dan jika tak boleh bayar. Maka kerajaan boleh memufliskan kamu.
Yang dicukai hanya ada satu cara pembelaan - Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan yang boleh menentukan cukai yang dikenakan adalah wajar atau tidak.
Tapi, masalahnya juga ialah, Pejabat Pesuruhjaya Khas ini juga di bawah LHDN dan jika mereka tidak mengangkat kes kamu dan tidak menjadualkan kamu untuk menghadap mereka. Kamu tidak berpeluang mendapat pembelaan.
Adakah penalti cukai RM1.7 bilion terhadap Najib Razak adil?
Tiada satupun akauntan atau lawyer cukai termasuk seorang yang paling dihormati dalam bidang cukai Malaysia. Kata ianya wajar.
Sebaliknya, mereka kata ianya adalah mengarut dan tindakan kerajaan PN amat berbahaya pada Rakyat.
Cukai ini adalah berdasarkan dana sejumlah RM3 bilion yang pernah melalui akaun atas nama Najib. RM3 bilion ini berdasarkan:
1. Sumbangan sekurang-kurangnya RM642 juta yang diterima terus dari Menteri Kewangan Arab Saudi dan putera Arab seperti disahkankan dalam mahkamah oleh pihak bank dan SPRM.
2. Dana yang digelar "RM2.6b" (yang sebenarnya bukan RM2.6b) yang diterima dari luar negara dan telah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian, seperti disahkan berkali-kali dalam mahkamah.
https://www.sinarharian.com.my/.../UMNO-paling-banyak...(Lagi pelik ialah Najib didakwa 9 caj sebab menerima dana tersebut dan 6 caj sebab Najib pulangkan dana tersebut. Dikatakan pengubahan wang haram pula)
Segala dana yang diterima dalam akaun bank khusus ini telah digunakan untuk tujuan CSR dan sedekah - sama ada diberi terus kepada rakyat atau melalui parti politik - bukan untuk penggunaan peribadi.
Yang paling mengarut ialah LHDN kata dana RM2.6b. Apa yang Najib terima itu dikira sebagai pendapatan peribadi dan pemulangan dana itu 4 bulan. Kemudian pula dikira sebagai perbelanjaan peribadi.
Lagipun, mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di Malaysia oleh seseorang individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan.
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5...CEO LHDN juga pernah sahkan bahawa sumbangan politik tidak dikenakan cukai.
Jadi, kenapa pula Najib Razak dikenakan cukai penalti sebanyak RM1.74 bilion sedangkan beliau telah membayar income tax tiap-tiap tahun seperti disahkan afidavit kerajaan semasa mereka cuba melucut hak asetnya?
(Mereka kemukakan afidavit cukai ini sebagai aalasan nilai barang yang disita tidak sepadan dengan pendapatannya).
Dan jikapun ianya dikira sebagai pendapatan yang patut dicukai, kenapa pula beliau dituduh merompak wang tersebut?
Adakah wang yang dirompak perlu dibayar cukai?
Kerajaan PM4 menyalahgunakan akta ISA untuk menindas lawan politik dia.
https://t.me/najib_razak
Ulasan
Catat Ulasan