Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

Tak Suka Pilihanraya Awal Adalah Parti Bersatu

Siapa yang paling takut dan tak suka buat pilihanraya awal. Parti mana paling takut ni. Parti UMNO ke atau Parti Bersatu PPBM. Jangan sembang kencang sangat. Dalam kita tak sedar, kita punya sembang bangunan KLCC pun boleh runtuh. Saya nak ingatkan pada pimpinan parti Bersatu. Jangan cakap besar. Kita bukan hidup dalam kumpulan kita sahaja. Kita hidup bersama masyarakat yang berbilang kaum. Masyarakat akan gelak kan kita kerana hanya pandai bercakap besar. Tapi takut adakan plihanraya. Apa ni.  Jom kita dengan apa kata Zamil Ibrahim dalam video pendek ini. Strategi apa yang diguna pakai oleh beberapa pimpinan yang saya lihat sejak kebelakangan ini. Saya cuma nak bagitahu kepada Perdana Menteri ataupun pada orang ramai bahawa pilihanraya perlu diadakan sekian-sekian tahun ataupun sekian-sekian bulan. Ini strategi apa yang digunapakai ni. Saya mohon kebijaksanaan pengerusi lembaga disiplin parti UMNO mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pimpinan yang bercakap secara terbuka tentang

Moratorium Berakhir Pada Disember Ini Muhyiddin Yassin

Jangan lupa, Moratorium berakhir pada bulan Disember ini. Tapi kesan dikurung oleh Muhyiddin Yassin masih belum berakhir. Lepas ni, kena bayar hutang-hutang tu, macam biasa. Jadi akibat dari dikurung ini sangat dasyat. Tiada lagi pengangguhan hutang. Tempoh penangguhan bayaran pinjaman dan hutang sudah hampir tamat. Ok kita terus ke soalan daripada Netizen kepada Dato' Lokman Adam. Assalamuailukum Dato'  Apa yang membuatkan Dato Seri Ismail Sabri Tak Bagi Keluarkan Duit KWSP Kita? Ini tak boleh tanya saya, kata Dato' Lokam Adam. Seperti mana yang saya cakap zaman Pakatan Harapan, zaman Perikatan Nasional mereka sudah terlebih labur duit kita. Ini apa yang saya yakin telah berlaku, dan dalam masa yang sama juga banyak perkara-perkara yang sudahpun diluluskan dalam belanjawan , memerlukan suntikan modal untuk melaksanakannya. Jadi, mungkin duit-duit yang sudah pun dirancang untuk digunakan bagi memenuhi projek-projek di bawah rancangan Malaysia. Begitu juga dengan belanjawan

Penjara 7 Tahun Denda 100 Ribu Ringgit Jika Langgar SOP

Sesiapa yang langgar SOP akan dikenakan penjara 7 tahun dan dikenakan denda sehingga 100 ribu ringgit. Parah sangat ke kedudukan kewangan ekonomi negara sehingga akta 342 perlu dipinda dan dalam akta 342 ini saudara-saudara adalah akta penyakit berjangkit. Apa yang mengejutkan kita tuan-tuan, hukuman bagi pesalah yang tidak memakai mask, tidak mematuhi sop pergi ke tempat-tempat sesak dan sebagainya.  Hukuman penjara hingga ke tujuh tahun. Tujuh tahun tuan-tuan, boleh dikenakan kepada pesalah-pesalah yang tak pakai mask dan yang langgar S.O.P ni. Atau pun denda maksimum 100 ribu ringgit. Malah bagi syarikat-syarikat tuan-tuan eh, KJ telah mengarahkan kepada syarikat-syarikat bagi agensi kerajaan boleh dikenakan denda sehingga 2 juta ringgit. Jadi saya nak tahulah apa masalah Khairy Jamaluddin ni. Adakah negara ini dah terlalu sesak sangat dah tak boleh nak cari jalan macam mana nak diversify sources of income. Atau pun dah tak ada idea lain bagaimana nak menambahkan pendatan negara seh

Ketua Polis Negara Notis Merah Interpol Jho Low

Ketua polis negara yang baru mengeluarkan kenyataannya Jho Low masih belum lagi disenaraikan dalam notis Merah Interpol. Tapi dalam kenyataan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Feb 2020 dengan tajuk utamanya "Jho Low Telah Di Kenakan Notis Merah Interpol: MKN". Mana satu yang betul. Ini yang buat rakyat keliru. Tak tahu cerita mana yang betul. Dah macam cerita dongeng 2.6 bilion yang heboh di media sosial. Untuk itu rakyat ingin tahu cerita sebenar bukan cerita yang direka-reka oleh pihak tertentu. Kita dikejutkan semalam apabila ketua polis yang baru ini menyatakan Jho low dan beberapa nama lagi belum dimasukkan ke dalam notis merah Interpol. Pada 19 Februari 2020 ketua polis ketika itu, iaitu Tan Sri Hamid Bador telah menyatakan bahawa nama Jho Low telah pun dimasukkan ke dalam notis merah interpol . Semalam ketua polis yang baru menyatakan belum dimasukkan. Jadi persoalannya sekarang siapa yang bercakap bohong. Bekas ketua polis negara yang lalu atau pun ketua polis negara

Cerita Dongeng 2.6 Bilion SPRM Tolong Jawap

Cerita dongeng 2.6 bilion ini benar atau tidak. Harap ketua Pesuruhjaya SPRM tolong jawap. Rakyat ingin tahu. Apakah cerita derma dari pak arab tu dongeng atau ia hanya rekaan sahaja bagi menganiaya seseorang musuh politik orang tertentu. Ayuh kita teruskan ceritanya. Kita dikejutkan beberapa hari yang lalu. Iaitu cerita tentang isu wang derma 2.6 bilion adalah satu cerita dongeng . Satu hikayat dongeng yang sengaja direka-rekakan oleh Dato Seri Mohd Najib. Adakah itu benar? Tetapi kita difahamkan, kita dikhabarkan beberapa tahun yang lalu. Satu pasukan daripada SPRM telah pun pergi ke arab saudi menyiasat perkara ini. Satu pasukan bukan satu dua orang tetapi satu pasukan daripada SPRM. Dan saya ingin bertanya kepada ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki. Kamu ada dalam pasukan SPRM sejak lama dahulu ketika pasukan yang pergi ke arab saudi kamu tahu dan kamu tahu cerita ini daripada A sampai Z. Jadi saya ingin penjelasan daripada kamu ketua SPRM adakah cerita yang dikatakan dongeng itu ada

Bubar Parlimen Sekarang Elak Ekonomi Negara Hancur

Bubar parlimen sekarang untuk elak ketidak tentuan dan kestabilan politik yang semakin hari jadi huru-hara. Rakyat mahu hidup aman dan sejahtera macam dulu tanpa penganiayaan dari mana-mana pihak. Hentikan penganiayaan kerana politik dendam yang makin menjadi-jadi. Rakyat mahu kerajaan gagal ditukar dengan segera. Tempoh percubaan telah tamat. Kembalikan semula mandat kepada rakyat. Ok pertama sekali kena faham bahawa kita baru sahaja memenangi pilihanraya di negeri Melaka. Ok Alhamdulillah, kita berjaya memenangi 3/4. Maknanya kita sekarang ni dah dapat good mod untuk berhadapan dengan pilihan raya diperingkat persekutuan. Kalau kita lihat daripada pengalaman yang lepas salah satu sebab kita tewas dalam pilihanraya umum yang ke 14 antaranya kita sengaja melengah-lengahkan pilihanraya. Kita masih ingat lagi tempoh paling baik untuk kita adakan pilihanraya pada tahun 2017. Iaitu selepas sukan sea penghujung tahun tersebut, patutnya kita adakan pilihanraya pada ketika itu. Namun disebab

Apa Itu Contempt of Court | Menghina Mahkamah

Tahukah apa itu Contempt of Court atau yang dipanggil Menghina Mahkamah. Kalau tak faham jangan sebut macam burung kakak tua. Nanti siapa yang malu. Mereka dan keluarga mereka juga yang malu. Ada beberapa pihak termasuk cybertrooper-cybertrooper daripada Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menyatakan bahawa kita tidak boleh komen berkenaan keputusan mahkamah rayuan ke atas Dato' Sri Najib kerana kononnya itu adalah menghina mahkamah atau "contempt of court". Saya tidak pasti dari mana mereka ini belajar undang-undang, dan pada hemat saya kenyataan mereka ini tidak betul. Mengikut undang-undang 'common law', "contempt of court" atau tindakan menghina mahkamah adalah apabila seseorang membuat sesuatu untuk mempengaruhi keputusan mahkamah secara tidak adil. Dan antara tindakan-tindakan yang boleh dianggap "contempt of court" (iaitu semasa perbicaraan berlangsung dan sebelum keputusan dibuat) itu adalah: Jika seseorang menyatakan

Datuk Seri Najib Pencabar Yang Digeruni Tun Dr Mahathir

Datuk Seri Najib Pencabar yang digeruni oleh pihak lawan terutamanya Tun Dr Mahathir. Musuh-musuh Datuk Seri Najib tidak akan diam dan akan pastikan Najib Razak harus dijatuhkan dengan memasukkan ke dalam penjara sebelum pilihanraya umum ke 15. Pertama sekali saya boleh mengatakan bahawa Datuk Seri Najib masih lagi merupakan pesaing ataupun Pencabar Utama sebagai calon Perdana Menteri yang digeruni oleh semua pihak sama ada pihak lawan atau kawan. Seperti mana yang kita sedia maklum musuh kita nombor satu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Dia cukup gerun sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri semula. Begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sempat menjadi perdana menteri dan menggunakan kuasa yang ada di tangan dia, untuk mengenakan Dato' Seri Najib dan pimpinan pimpinan UMNO yang lain. Kita juga tidak boleh nafikan bahawa di dalam parti kita juga. Ada mereka-mereka yang juga mengintai jawatan Perdana Menteri.  Lebih-lebih lagi yang kita lihat Yang Amat

Zeti Tidak Boleh Didakwa Selagi Tak Tukar Kerajaan

Zeti tidak boleh didakwa selagi kerajaan masih kabinet Muhyiddin Yassin. Perkara ini telah bincangkan oleh Netizen yang telah mengajukan banyak soalan-soalan diruang komen dalam video live Lokman Adam.  Rakyat ingin tahu perkara sebenar. Sebab tu ramai yang bertanya. Tapi tak tahu nak tanya pada siapa. Jadi live Dato' Lokman lah tempat rakyat bertanya. Sekarang kita terus ke soalan-soalan berikut: Soalan dari Netizen Assalamualikum Dato' Bagaimana kita nak hendak heret kerajaan PH kemuka pengadilan yang jelas menurut fakta sebenar 1MDB hanya semata-mata hendak mengenakan Dato' Seri Najib Ini Jawapannya Dari Dato' Lokman Adam Saya rasa selagi tak tukar kerajaan ni payah sikitlah. Sebab selagi tak tukar kerajaan ni. Selagi itulah…  Ketua Hakim Negara lantikan Mahathir dikekalkan. Selagi itulah Peguam Negara lantikan Muhyiddin dikekalkan Dan selagi itulah orang-orang seperti Latifah Koya, orang seperti Tommy Thomas tidak boleh kita hadapkan ke muka pengadilan. Sebab kita k