Langkau ke kandungan utama

Apa Itu Contempt of Court | Menghina Mahkamah

Tahukah apa itu Contempt of Court atau yang dipanggil Menghina Mahkamah. Kalau tak faham jangan sebut macam burung kakak tua. Nanti siapa yang malu. Mereka dan keluarga mereka juga yang malu.


Ada beberapa pihak termasuk cybertrooper-cybertrooper daripada Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menyatakan bahawa kita tidak boleh komen berkenaan keputusan mahkamah rayuan ke atas Dato' Sri Najib kerana kononnya itu adalah menghina mahkamah atau "contempt of court".


Saya tidak pasti dari mana mereka ini belajar undang-undang, dan pada hemat saya kenyataan mereka ini tidak betul. Mengikut undang-undang 'common law', "contempt of court" atau tindakan menghina mahkamah adalah apabila seseorang membuat sesuatu untuk mempengaruhi keputusan mahkamah secara tidak adil.


Dan antara tindakan-tindakan yang boleh dianggap "contempt of court" (iaitu semasa perbicaraan berlangsung dan sebelum keputusan dibuat) itu adalah:

  1. Jika seseorang menyatakan tertuduh itu bersalah atau tidak bersalah sebelum mahkamah membuat keputusan.
  2. Menyatakan sabitan kesalahan tertuduh yang terdahulu.
  3. Menamakan seseorang atau saksi yang hakim mengarahkan tidak dinamakan.
  4. Menamakan saksi, mangsa, atau pelaku yang berumur bawah 18 tahun.
  5. Menamakan mangsa jenayah seksual.
  6. Menyatakan kepada umum fakta kes yang hakim telah mengarahkan tidak disiarkan kepada umum.

Jika keputusan telah dibuat, elemen "mempengaruhi keputusan mahkamah" itu tidak lagi wujud oleh itu tindakan kesalahan "contempt of court" itu tidak lagi relevan kerana ia tidak lagi mempengaruhi keputusan yang telahpun dibuat yang mana perbicaraan pun telah tamat.

Apa Itu Contempt of Court | Menghina Mahkamah | Peguam Negara Lantinkan Mahathir

Jika seseorang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah atau keputusan hakim, itu bukanlah "contempt of court", sebaliknya itulah sememangnya sebab untuk membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Jika semua pihak setuju dengan keputusan mahkamah, tidak perlulah buat rayuan. Rayuan dibuat kerana ada pihak tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan berpandangan bahawa hakim telah terkhilaf.


Menyatakan asas-asas ketidaksetujuan dan fakta-fakta kekhilafan ini bukanlah "contempt of court". Pihak yang kalah boleh komen dan menyatakan asas-asas rayuan dan ketidaksetujuan mereka ke atas penghakiman untuk membentangkannya di mahkamah yang lebih tinggi, ini adalah proses-proses biasa undang-undang.



Jika kita tidak boleh kritik keputusan mahkamah dan mengkritik keputusan mahkamah adalah dikira menghina mahkamah, maka hampir semua penulis-penulis buku undang-undang yang mengulas kes-kes mahkamah dan keputusan hakim selama ini akan dikenakan tindakan "contempt of court", ini amatlah tidak masuk akal di samping tidak baik untuk kesinambungan dan kemajuan sistem perundangan negara. Sekarang faham tak apa itu contempt of court.

Kita perlu berani untuk menegakkan kebenaran. Saya akan terus komen dan ulas berkenaan kes Dato' Sri Najib supaya keadilan ditegakkan dan penganiayaan dielakkan.

- Isham Jalil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bubar Parlimen Sekarang Elak Ekonomi Negara Hancur

Bubar parlimen sekarang untuk elak ketidak tentuan dan kestabilan politik yang semakin hari jadi huru-hara. Rakyat mahu hidup aman dan sejahtera macam dulu tanpa penganiayaan dari mana-mana pihak. Hentikan penganiayaan kerana politik dendam yang makin menjadi-jadi. Rakyat mahu kerajaan gagal ditukar dengan segera. Tempoh percubaan telah tamat. Kembalikan semula mandat kepada rakyat. Ok pertama sekali kena faham bahawa kita baru sahaja memenangi pilihanraya di negeri Melaka. Ok Alhamdulillah, kita berjaya memenangi 3/4. Maknanya kita sekarang ni dah dapat good mod untuk berhadapan dengan pilihan raya diperingkat persekutuan. Kalau kita lihat daripada pengalaman yang lepas salah satu sebab kita tewas dalam pilihanraya umum yang ke 14 antaranya kita sengaja melengah-lengahkan pilihanraya. Kita masih ingat lagi tempoh paling baik untuk kita adakan pilihanraya pada tahun 2017. Iaitu selepas sukan sea penghujung tahun tersebut, patutnya kita adakan pilihanraya pada ketika itu. Namun disebab

Zeti Tidak Boleh Didakwa Selagi Tak Tukar Kerajaan

Zeti tidak boleh didakwa selagi kerajaan masih kabinet Muhyiddin Yassin. Perkara ini telah bincangkan oleh Netizen yang telah mengajukan banyak soalan-soalan diruang komen dalam video live Lokman Adam.  Rakyat ingin tahu perkara sebenar. Sebab tu ramai yang bertanya. Tapi tak tahu nak tanya pada siapa. Jadi live Dato' Lokman lah tempat rakyat bertanya. Sekarang kita terus ke soalan-soalan berikut: Soalan dari Netizen Assalamualikum Dato' Bagaimana kita nak hendak heret kerajaan PH kemuka pengadilan yang jelas menurut fakta sebenar 1MDB hanya semata-mata hendak mengenakan Dato' Seri Najib Ini Jawapannya Dari Dato' Lokman Adam Saya rasa selagi tak tukar kerajaan ni payah sikitlah. Sebab selagi tak tukar kerajaan ni. Selagi itulah…  Ketua Hakim Negara lantikan Mahathir dikekalkan. Selagi itulah Peguam Negara lantikan Muhyiddin dikekalkan Dan selagi itulah orang-orang seperti Latifah Koya, orang seperti Tommy Thomas tidak boleh kita hadapkan ke muka pengadilan. Sebab kita k

Ketua Polis Negara Notis Merah Interpol Jho Low

Ketua polis negara yang baru mengeluarkan kenyataannya Jho Low masih belum lagi disenaraikan dalam notis Merah Interpol. Tapi dalam kenyataan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Feb 2020 dengan tajuk utamanya "Jho Low Telah Di Kenakan Notis Merah Interpol: MKN". Mana satu yang betul. Ini yang buat rakyat keliru. Tak tahu cerita mana yang betul. Dah macam cerita dongeng 2.6 bilion yang heboh di media sosial. Untuk itu rakyat ingin tahu cerita sebenar bukan cerita yang direka-reka oleh pihak tertentu. Kita dikejutkan semalam apabila ketua polis yang baru ini menyatakan Jho low dan beberapa nama lagi belum dimasukkan ke dalam notis merah Interpol. Pada 19 Februari 2020 ketua polis ketika itu, iaitu Tan Sri Hamid Bador telah menyatakan bahawa nama Jho Low telah pun dimasukkan ke dalam notis merah interpol . Semalam ketua polis yang baru menyatakan belum dimasukkan. Jadi persoalannya sekarang siapa yang bercakap bohong. Bekas ketua polis negara yang lalu atau pun ketua polis negara