Bubar Parlimen Sekarang Elak Ekonomi Negara Hancur
Bubar parlimen sekarang untuk elak ketidak tentuan dan kestabilan politik yang semakin hari jadi huru-hara. Rakyat mahu hidup aman dan sejahtera macam dulu tanpa penganiayaan dari mana-mana pihak. Hentikan penganiayaan kerana politik dendam yang makin menjadi-jadi. Rakyat mahu kerajaan gagal ditukar dengan segera. Tempoh percubaan telah tamat. Kembalikan semula mandat kepada rakyat.
Ok pertama sekali kena faham bahawa kita baru sahaja memenangi pilihanraya di negeri Melaka. Ok Alhamdulillah, kita berjaya memenangi 3/4. Maknanya kita sekarang ni dah dapat good mod untuk berhadapan dengan pilihan raya diperingkat persekutuan. Kalau kita lihat daripada pengalaman yang lepas salah satu sebab kita tewas dalam pilihanraya umum yang ke 14 antaranya kita sengaja melengah-lengahkan pilihanraya.
Dimana kita telah berjaya memenangi pilihanraya tersebut dengan sangat cemerlang, dengan memenangi 75% kerusi yang ditandingi. Dan ianya secara tak langsung akan memberikan impact kepada pilihanraya umum. Jadi sebelum pilihanraya umum ini, maknanya aura ini menjadi malap. Itu adalah salah satu cara atau masa terbaik untuk adakan pilihanraya segera.
Keduanya kita tidak mahu parti kita ini berhadapan dengan tidak ketentuan. Kenapa saya kata tidak ketentuan. Kalau misalannya pilihanraya diadakan selepas 15 haribulan januari tahun depan. Maka mereka yang berusia 18 tahun dan keatas yang tidak pernah hidup zaman kegemilangan Barisan Nasional terutamanya 9 tahun terakhir dibawah pemerintahan Dato' Seri Najib, mereka tak tahu apa kelebihan yang ada dibawah kepimpinan Barisan Nasional.
Begitu juga, ada diantara mereka berada pada umur lapan belas tahun keatas ni. Mereka juga tidak tahu bagaimana, ramai rakyat yang telah terpedaya ketika pilihanraya umum yang lepas dengan janji-janji manis Pakatan Harapan akhirnya rata-rata telah ditipu dengan janji-janji tersebut. Janji-janji Pakatan Harapan 60 janji yang masih belum ditunaikan kecuali dengan pemangsuhan GST ni.
Mungkin generasi yang bakal mengundi. Kalau ikut sekarang ini sudah 5.8juta. Lagi lambat kita adakan pilihanraya maka jumlah ini boleh pergi sampai ke 7 juta orang. Kalau dijangka menjelang bulan tujuh dan keatas seperti mana yang setengah-setengah pihak mahukan baru nak adakan pilihanraya maka akan ada pertambahan 7juta lagi.
Jadi orang muda akan rasa seolah-olah ditipu. Sepatutnya kita perlu bubar parlimen sekarang dan perkara yang penting yang diperjuangkan oleh UMNO ini perlu didahulukan. Tapi nak buat macam mana, hari ini kerajaan ini masih lagi kerajaan Perikatan Nasional bukan kerajaan Barisan Nasional.
Hari ini adalah kerajaan yang dibentuk oleh seratus empat belas (114) orang yang telah mengundi Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan juga orang yang telah mengangkat Muhyiddin Yassin dan itulah orang yang sama mengangkat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Jadi Ismail Sabri tak boleh memerintah mengikut acuan Barisan Nasional. Jadi banyak tuntutan Barisan Nasional yang merupakan tuntutan rakyat tidak dapat ditunaikan. Dato' Seri Najib cadangkan kalau tak dapat bagi I-sinar ataupun I-citra 10k (sepuluh ribu ringgit) secara one off tanpa syarat setidak-tidaknya bagilah I-survive.
Pinjaman yang diberikan sekitar 5 hingga 10 ribu ringgit dan pinjaman ini dijamin oleh kerajaan melalui duit bantuan yang bakal diberikan oleh kerajaan kepada mereka-mereka yang terdiri daripada B40. Jadi itu pun tak dapat ditunaikan.
Banyak lagi perkara-perkara yang UMNO sendiri mintak gagal ditunaikan dan ini sudah pasti akan menimbulkan rasa ketidak puashati orang muda. Kita tak kata semuanya orang muda ni belum begitu matang. Tetapi rata-rata berdasarkan pengalaman 2018 kita melihat orang muda ini mereka mudah terpedaya dengan janji-janji Pakatan Harapan.
Walaupun kita tengok di Melaka ada kesan yang sangat positif. Ramai orang mudah sudah mula celik, ramai orang muda sudah kembali kepada Barisan Nasional.
Tetapi kita tidak boleh mengambil risiko ni. Kalau kita amik risiko ni. Kite meletakkan keadaan memasuki pilihanraya dalam keadaan kita tak tahu apakah yang akan terjadi pada masa akan datang. Kalau dalam tempoh satu dua bulan ini pilihanraya berlaku saya berani jamin bahawa barisan nasional akan memerintah dengan mudah. So tunggu apa lagi. Bubar parlimen sekarang untuk kita adakan piliharaya segera.
Setidak-tidaknya kita akan ada simple majoriti dan selepas kita mendapat simple majority kita boleh bekerja sama dengan siapa saja. Kita boleh bekerja sama dengan PAS, kita boleh bekerjasama dengan sesiapa saja. Dan kita akan tetap menjadi sebuah kerajaan yang stabil. Kalau misalanya sekerat jalan ada polisi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan yang berpakat dengan kita untuk mengukuhkan kerajaan atau untuk memastikan wujudnya 2/3 majoriti.
Maka kalau mereka mengugut untuk menarik diri daripada kerajaan kita tak ada masalah, mereka boleh pergi. Jadi penting untuk ada strong goverment, penting untuk kita ada sebuah kerajaan yang setabil kerana dengan kerajaan yang stabil pelabur-pelabur akan kembali melabur di Malaysia. Dan dengan adanya kerajaan yang stabil kita akan memastikan bahawa ekonomi rakyat akan kembali pulih, pertumbuhan ekonomi akan mengukuh kerajaan akan boleh mengutip cukai sepertimana sebelum ini.
Dan lebih banyak bantuan dapat kita kembalikan kepada rakyat bilamana hasil kutipan cukai yang kita ambil daripada mereka yang berkemampuan dapat kita agihkan kepada golongan the B40, M40 atau yang kurang berkemampuan berbanding dengan The top 20.
Insentif-insentif untuk peniaga-peniaga yang terdiri daripada golongan the top 20 juga boleh kita tambah bantuan-bantuan geran-geran yang kerajaan dulu zaman Barisan Nasional sediakan boleh kita hidupkan semula. Berapa lama lagi yang perlu kita tunggu. Rata-rata suara rakyat di media sosial mahu bubar parlimen sekarang dan mahu berikan mandat baru kepada orang muda yang masih fresh dan tidak ada skandal yang bukan-bukan.
Insentif-insentif pelabur-pelabur asing, isentif-isentif untuk pemain-pemain industri yang mengunakan inovasi baru banyak yang boleh kita hasilkan sekiranya negara kita pendapatanya kembali normal. Ini bukan satu perkara yang mudah. Tetapi sekiranya kita ada sebuah kerajaan yang kukuh kita bergerak kearah itu. Sekira kita masih lagi berkongsi kuasa dengan musuh-musuh politik kita, umpama tidur satu bantal, mimpi lain-lain maka keadaan bergelora ini berterusan akhirnya pelabur tidak akan kembali ke negara ni.
Dan ahli-ahli politik sibuk nak pertahankan kuasanya. Perdana menteri sibuk nak mengekalkan kedudukkan sebagai Perdana Menteri. Maka akhirnya yang terabai ialah rakyat. Akhirnya yang terabai adalah agenda untuk mengukuhkan ekonomi negara. Agenda untuk memastikan negara dapat kita pacu menjadi sebuah negara yang maju seperti mana yang sepatutnya kita telah capai menjelang 2021 ataupun 2023.
Ini perkara yang saya rasa sangat penting untuk pilihanraya segera diadakan dan dalam masa yang sama juga jika kita lihat trend di Melaka, ramai penyokong-penyokong DAP tak balik untuk mengundi. Dan ini juga memberikan sesuatu impact yang positif kepada kita juga. Lagi lambat kita buat pilihanraya seolah-olah kita telah memberikan masa kepada D4P untuk bersiap sedia menentang kita. Sekarang ni kalau kita tengok kebencian rakyat terhadap Pakatan Harapan masih dapat dirasai.
Kebencian rakyat terhadap Muhyiddin Yassin dan PPBM masih menebal. Rakyat belum lupa bagaimana mereka dikurung, pendapatan rakyat terjejas lebih kurang 2 tahun, mereka tak boleh mencari rezeki secara sempurna, nak bagi anak makan pun susah hutang mereka bertambah. Duit yang dapat daripada I-sinar yang pertama digunakan sebagai modal akhirnya duit ini lebur bila PKP berulang kali-berulang kali, PKP sana PKP sini. PKP PKPD macam-macam jenis PKP. Jadi tunggu apa lagi, bubar parlimen sekarang dan biarkan rakyat memilih siapa yang layak untuk jadi pemimpin mereka.
Last sekali rakyat merana, hutang Ah Long akhirnya berlaku dan bila hutang Ahlong tak boleh dibayar keadaan jadi semakin sempit keadaan jadi semakin buntu akhirnya ada yang setengah-tegahnya mengambil keputusan dan mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Jadi saya yakin sekarang ni rakyat masih ingat tentang keburukan kerajaan Pakatan Harapan. Sekarang ni orang ramai masih ingat lagi kezaliman kerajaan Perikatan Nasional.
Jadi gunakan masa yang cukup baik ini untuk pastikan Barisan Nasional boleh memerintah semula dan boleh mendapat mandat daripada rakyat bagi memastikan rakyat boleh dijaga dengan baik selepas ini. Sekiranya kita ketinggalan peluang ini sekali lagi seperti mana yang berlaku pada tahun 2018. Kerana kita fikir soal itu dan soal ini.
Perdana Menteri Ismail Sabri fikir nak bertahan lagi 7 bulan maka akhirnya yang akan jadi mangsa bukan hanya parti, yang akan jadi mangsa buka saja orang melayu, orang india dan orang cina. Bila ekonomi terkesan ekonomi menjadi semakin parah akhinya semua rakyat akan menanggung bahana ini. Rakyat juga akan menanggung kesan dan akibatnya.
Itu sebabnya saya rasa BN perlu diberi peluang untuk memerintah secara bersendirian ataupun setidak-tidaknya menjadi tunjang kepada pemerintahan kerajaan Malaysia. Jadi sekiranya jika kita boleh adakan pilihanraya sebelum kemasukan pengundi-pengundi baru ini maka setidak-tidaknya kita ada 5 tahun untuk betul-betul menjaga golongan muda, untuk betul-betul meyakinkan golongan orang muda bahawa kita mampu mentadbir negara dengan baik.
Bukan bermakna hari ini kita gagal menawan hati orang muda. Kalau kita tengok trend di Melaka orang muda juga ramai sudah kembali menyokong Barisan Nasional. Tetapi kenapa kita nak amik risiko sedangkan hari ni kalau kita bubarkan parlimen sekarang, kita ada peluang yang sangat cerah hampir 100% kita akan membentuk kerajaan selepas pilihanraya tetapi kalau kita tunggu maka parti akan mengambil satu risiko ketidak tentuan.
Ia boleh jadi dengan kemasukan 7 juta pengundi baru mungkin boleh menguntungkan BN, ianya juga mungkin boleh menguntungkan PN, ianya juga mungkin boleh menguntungkan Pakatan Harapan. Jadi kenapa kita hendak masuk pilihanraya dalam keadaan yang tidak menentu. Kalau kita ada barisan kabinet yang berwibawa lain cerita. Ini masalahnya kabinet hari ini adalah kabinet Muhyiddin Yassin. Sebuah kabinet hari ini adalah kabinet yang gagal.
Secara tak sedar kita telah meneruskan kesinambungan kerajaan yang gagal. Disebabkan bila nak lantik Dato' Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri maka syarat yang ditetapkan oleh Muhyiddin sebelum melepaskan jawatannya untuk memberikan laluan kepada Dato' Seri Ismail Sabri ialah pertamanya polisi Muhyiddin perlu diteruskan dan kabinet Muhyiddin perlu dikekalkan.
Jadi kalau kabinet itu, kabinet Muhyiddin tapi Perdana Menterinya UMNO orang diluar sana tak akan faham kabinet ini kabinet Muhyiddin. Orang diluar sana beranggapan bahawa hari ini pemerintahan dibawah pemerintahan UMNO. Jadi kegagalan kerajaan hari ini yang akan diletak beban kesalahannya ialah kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Ini satu perkara bagi saya cukup bahaya kepada parti. Sebab itulah semua orang mahu bubar parlimen sekarang dan ini lah masa yang terbaik dan sesuai untuk mencari kestabilan politik.
Apakah Alasan Perdana Menteri Untuk Tidak Adakan Piliharaya?
Perdana Menteri tidak perlu bagi alasan. Perdana Menteri tidak perlu merujuk kepada kabinet untuk memutuskan bila tarikh ia perlu menasihati Yang Di Pertuan Agung bagi diadakan pilihanraya. Kena faham bahawa Tan Sri Muhyiddin juga pernah meminta supaya diadakan pilihanraya. Tun Dr Mahathir juga pernah meminta kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seripaduka Baginda Yang Dipertuan Agung untuk diadakan pilihanraya.
Tetapi pada ketika itu kebawah duli tuanku telah memanggil SPR dan SPR mengatakan bahawa sekiranya diadakan pilihanraya maka jumlah yang akan keluar mengundi mungkin akan kurang daripada 51%. Bila berlakunya peratus keluar mengundi kurang daripada lima puluh satu peratus maka ini akan menyebabkan pilihanraya perlu diadakan semula. Sebab kurang daripada separuh.
Tetapi selepas berlakunya pilihanraya di Melaka kita dapati sekurang-kurangnya 68% telah keluar mengundi ketika pilihanraya negeri Melaka. Maknanya kalau dibubarkan parlimen sekarang. Maka tidak ada masalah, mungkin lebih daripada separuh rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Dan kita dapat selesaikan ketidak tentuan ekonomi yang menghambat negara ini dengan segera.
Kita dapat selesaikan masalah ketidak tentuan politik yang menyebabkan pelabur lari daripada melabur di Malaysia dengan segera. Dan saya yakin bahawa rakan-rakan kaum tiong hua, peniaga-peniaga tokoh-tokoh korporat, mereka juga mahukan sebuah kerajaan yang stabil segera dibentuk bagi membolehkan kita kembali kepada asal. Bagi membolehkan kita pulihkan ekonomi kita yang hari ini semakin hari semakin parah.
Ini penting. Nak mengukuhkan ekonomi bukan dengan mengadakan report card. Kena faham, apa guna report card. Apa gunakan repord card menteri? Report Card menteri adalah untuk mengukuhkan sejauh mana menteri-menteri telah mencapai KPI dia. Kenapa nak ukur supaya bila ada menteri-menteri yang gagal mencapai KPI dia atau gagal untuk capai index pretasi dia, maka menteri itu boleh digugurkan dan digantikan dengan barisan kabinet yang baru. Betul tak? Mungkin juga dia takut untuk bubar parlimen sekarang sebab akan kehilangan jawatan menteri. Inilah masalahnya.
Tetapi hari ni, assessment dibuat keatas menteri-menteri. Bagi saya hanya syok sendiri. Kerana assessment ini dibuat dalam keadaan Perdana Menteri tahu dia tak boleh tukar seorang pun daripada kabinet Muhyiddin Yassin ini. Seorang pun dia tak boleh ganti. Jadi apa kejadah dia buat report card menteri-menteri ni. Apa kejadah dia buat satu program untuk menujukkan bahawa semua menteri-menteri ni dah capai rekod kecemerlangan dengan report card ni.
Kemeterian ini pula dah capai KPInya. Kena ingat dulu zaman Dato' Seri Najib kita ada seorang menteri Idris Jalak yang dipertanggungjawapkan untuk menjaga KPI menteri-menteri. Bila kita dapati ada menteri tidak perform kita tukar dia ke kementerian yang lebih rilek ataupun kita rehatkan terus daripada jadi menteri. Tapi kalau kita dah tahu kita tak boleh buang walau satu pun menteri.
Kita tak boleh buang walau satu pun timbalan Perdana Menteri. Nak buang kerusi GLC pun tak boleh. Apa kejadah kita buat report card ni. Patut duit yang dibelanjakan di KLCC tu boleh gunakan untuk bagi bantuan bakul makanan kepada orang ramai yang hari ini masih memerlukan bantuan bakul makanan.
Sepatutnya hari ini duit yang Dato' Seri Najib dah tolak tawaran rumah kononnya bernilai 100juta yang merupakan hak dia. Dato Seri Najib minta duit ini diberikan dalam bentuk I-citra. Patutnya duit ini boleh digunakan kearah itu. kenapa tak buat. Betul tak? Ini sibuk buat KPI sedangkan hasil daripada keputusan KPI itu kita tak boleh amik tindakan. Contohnya kalau kita buang sahidan kassim, kita suruh repair lubang depan Istana Budaya 5 - 6 kali. Dah banyak kali saya sebut yang itu pun dia tak boleh buat. Agak-agak boleh tukar tak Sahidan Kassim.
Tak boleh. Sebab namanya diberikan oleh Muhyiddin Yassin. Boleh ke kita buang. Tak boleh. Kalau buang Sahidan Kassim, buang Annuar Musa. Dua orang ni tarik diri dari menyokong Ismail Sabri, apa jadi pada kerajaan Ismail Sabri. Kerajaan Ismail Sabri hanya ada majorti berapa, tiga. Tiga butir. So apa kejadah kita buat KPI ni. Hanya retorik. Sejauh mana index pretasi ini benar atau pun tidak. Hanya dia orang saja yang tahu. Boleh sampai 90%.
Sedangkan saya pergi mana-mana ni. Saya tanya pendapat orang ramai adakah mereka berpuashati ke dengan kerajaan ini. Ramai yang kata tak puas hati. Ramai yang mahu bubar parlimen sekarang. Tetapi Perdana Menteri kata sebahagian daripada kriteria yang dia ambil kira dalam menetukan KPI itu ialah pendapat umum. So apa kejadah 90% yang bersetuju itu. Masuk akal ke.
Ulasan
Catat Ulasan