Langkau ke kandungan utama

Penjara 7 Tahun Denda 100 Ribu Ringgit Jika Langgar SOP

Sesiapa yang langgar SOP akan dikenakan penjara 7 tahun dan dikenakan denda sehingga 100 ribu ringgit. Parah sangat ke kedudukan kewangan ekonomi negara sehingga akta 342 perlu dipinda dan dalam akta 342 ini saudara-saudara adalah akta penyakit berjangkit. Apa yang mengejutkan kita tuan-tuan, hukuman bagi pesalah yang tidak memakai mask, tidak mematuhi sop pergi ke tempat-tempat sesak dan sebagainya. 

Hukuman penjara hingga ke tujuh tahun. Tujuh tahun tuan-tuan, boleh dikenakan kepada pesalah-pesalah yang tak pakai mask dan yang langgar S.O.P ni. Atau pun denda maksimum 100 ribu ringgit. Malah bagi syarikat-syarikat tuan-tuan eh, KJ telah mengarahkan kepada syarikat-syarikat bagi agensi kerajaan boleh dikenakan denda sehingga 2 juta ringgit.

Jadi saya nak tahulah apa masalah Khairy Jamaluddin ni. Adakah negara ini dah terlalu sesak sangat dah tak boleh nak cari jalan macam mana nak diversify sources of income. Atau pun dah tak ada idea lain bagaimana nak menambahkan pendatan negara sehingga terpaksa menggunakan kaedah mengenakan denda yang tak masuk akal sama sekali pada rakyat. 

Jadi, saya nampak walaupun dengan pelbagai-bagai teguran yang saya dah bagi tahu kepada YB Khairy Jamaluddin ni, nampak gayanya macam tak jalan. 

Hari demi hari sentiasa ada saja kenyataan-kenyataan dan usaha-usaha yang dibuat oleh KJ ni yang menyebabkan orang ramai menyampah dan benci kepada kerajaan. 

Kalau orang tu menyampah dan benci dan sedar bahawa Khairy Jamaluddin ni lantikan Muhyiddin Yassin tak apa. Ini disebabkan dia UMNO dan disebabkan Perdana Menteri itu datang daripada UMNO maka beban kesalahan hari ini terpaksa dipikul oleh parti UMNO itu sendiri. Jadi ini amat-amat menyedihkan ya tuan-tuan eh…

Jadi kita mengharapkan supaya NGO-NGO dan rakan-rakan daripada segenap lapisan masyarakat. Kita harus bangkit dan menentang usaha bodoh Khairy Jamaluddin ini supaya rakyat tidak lagi tertekan. 

Hari ini rakyat masih menunggu bila kerajaan nak mengumumkan 10 ribu one off tanpa syarat. Ini yang rakyat tunggu. Kalau tak dapat 10K One Off tanpa syarat ini sekurang-kurangnya cadangan Dato Seri Najib supaya diberikan pinjaman melalui I-Survive sebanyak RM5,000 ringgit. 

Dato Seri Najib pun dah tolak tawaran rumah atau pun kediaman yang nilainya RM100 Juta ringgit. Sepatutnya tak ada masalah nak bagi rakyat pinjam RM5,000 ringgit dengan menggunakan duit KWSP mereka dan ada jaminan daripada kerajaan kerana orang yang dicadangkan menerima ini ialah The B40 iaitu mereka-mereka yang dapat bantuan daripada kerajaan, iaitu bantuan prihatin. 

Maknanya mereka boleh bayar balik dengan menggunakan duit bantuan ini. Jadi apa masalahnya sehingga hari ini, dalam keadaan kita tak mampu memenuhi permintaan rakyat, kita pula dibebani dengan denda yang tak masuk akal ini pula.

Ingat tu, langgar SOP akan dikenakan 7 tahun penjara dan denda sehingga 100 ribu-ringgit. Khairy Jamaluddin yang dilantik oleh Muhyiddin Yassin sebagai menteri kesihatan akan meminda akta 342 ini dan rakyat perlu patuh dengan arahan jika tidak mahu dipenjarakan dan didenda.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bubar Parlimen Sekarang Elak Ekonomi Negara Hancur

Bubar parlimen sekarang untuk elak ketidak tentuan dan kestabilan politik yang semakin hari jadi huru-hara. Rakyat mahu hidup aman dan sejahtera macam dulu tanpa penganiayaan dari mana-mana pihak. Hentikan penganiayaan kerana politik dendam yang makin menjadi-jadi. Rakyat mahu kerajaan gagal ditukar dengan segera. Tempoh percubaan telah tamat. Kembalikan semula mandat kepada rakyat. Ok pertama sekali kena faham bahawa kita baru sahaja memenangi pilihanraya di negeri Melaka. Ok Alhamdulillah, kita berjaya memenangi 3/4. Maknanya kita sekarang ni dah dapat good mod untuk berhadapan dengan pilihan raya diperingkat persekutuan. Kalau kita lihat daripada pengalaman yang lepas salah satu sebab kita tewas dalam pilihanraya umum yang ke 14 antaranya kita sengaja melengah-lengahkan pilihanraya. Kita masih ingat lagi tempoh paling baik untuk kita adakan pilihanraya pada tahun 2017. Iaitu selepas sukan sea penghujung tahun tersebut, patutnya kita adakan pilihanraya pada ketika itu. Namun disebab

Zeti Tidak Boleh Didakwa Selagi Tak Tukar Kerajaan

Zeti tidak boleh didakwa selagi kerajaan masih kabinet Muhyiddin Yassin. Perkara ini telah bincangkan oleh Netizen yang telah mengajukan banyak soalan-soalan diruang komen dalam video live Lokman Adam.  Rakyat ingin tahu perkara sebenar. Sebab tu ramai yang bertanya. Tapi tak tahu nak tanya pada siapa. Jadi live Dato' Lokman lah tempat rakyat bertanya. Sekarang kita terus ke soalan-soalan berikut: Soalan dari Netizen Assalamualikum Dato' Bagaimana kita nak hendak heret kerajaan PH kemuka pengadilan yang jelas menurut fakta sebenar 1MDB hanya semata-mata hendak mengenakan Dato' Seri Najib Ini Jawapannya Dari Dato' Lokman Adam Saya rasa selagi tak tukar kerajaan ni payah sikitlah. Sebab selagi tak tukar kerajaan ni. Selagi itulah…  Ketua Hakim Negara lantikan Mahathir dikekalkan. Selagi itulah Peguam Negara lantikan Muhyiddin dikekalkan Dan selagi itulah orang-orang seperti Latifah Koya, orang seperti Tommy Thomas tidak boleh kita hadapkan ke muka pengadilan. Sebab kita k

Ketua Polis Negara Notis Merah Interpol Jho Low

Ketua polis negara yang baru mengeluarkan kenyataannya Jho Low masih belum lagi disenaraikan dalam notis Merah Interpol. Tapi dalam kenyataan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Feb 2020 dengan tajuk utamanya "Jho Low Telah Di Kenakan Notis Merah Interpol: MKN". Mana satu yang betul. Ini yang buat rakyat keliru. Tak tahu cerita mana yang betul. Dah macam cerita dongeng 2.6 bilion yang heboh di media sosial. Untuk itu rakyat ingin tahu cerita sebenar bukan cerita yang direka-reka oleh pihak tertentu. Kita dikejutkan semalam apabila ketua polis yang baru ini menyatakan Jho low dan beberapa nama lagi belum dimasukkan ke dalam notis merah Interpol. Pada 19 Februari 2020 ketua polis ketika itu, iaitu Tan Sri Hamid Bador telah menyatakan bahawa nama Jho Low telah pun dimasukkan ke dalam notis merah interpol . Semalam ketua polis yang baru menyatakan belum dimasukkan. Jadi persoalannya sekarang siapa yang bercakap bohong. Bekas ketua polis negara yang lalu atau pun ketua polis negara