Langkau ke kandungan utama

Tak Suka Pilihanraya Awal Adalah Parti Bersatu

Siapa yang paling takut dan tak suka buat pilihanraya awal. Parti mana paling takut ni. Parti UMNO ke atau Parti Bersatu PPBM. Jangan sembang kencang sangat. Dalam kita tak sedar, kita punya sembang bangunan KLCC pun boleh runtuh. Saya nak ingatkan pada pimpinan parti Bersatu. Jangan cakap besar. Kita bukan hidup dalam kumpulan kita sahaja. Kita hidup bersama masyarakat yang berbilang kaum. Masyarakat akan gelak kan kita kerana hanya pandai bercakap besar. Tapi takut adakan plihanraya. Apa ni. 

Jom kita dengan apa kata Zamil Ibrahim dalam video pendek ini. Strategi apa yang diguna pakai oleh beberapa pimpinan yang saya lihat sejak kebelakangan ini. Saya cuma nak bagitahu kepada Perdana Menteri ataupun pada orang ramai bahawa pilihanraya perlu diadakan sekian-sekian tahun ataupun sekian-sekian bulan. Ini strategi apa yang digunapakai ni.

Saya mohon kebijaksanaan pengerusi lembaga disiplin parti UMNO mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pimpinan yang bercakap secara terbuka tentang isu bila pilihan raya yang akan diadakan kelak. Sepatutnya strategi ini dibuat di kalangan pimpinan tertinggi parti sahaja iaitu dalam semua group. Presiden, timbalan presiden naib-naib presiden itu sahaja.

Tetapi dibuat secara terbuka ini bukan strategi parti. Ini cuba nak melemahkan parti. Rakyat dan juga orang luar akan ketawa sahaja kepada UMNO jika ia dibaca dibahaskan di luar. Jadi untuk itu saya menyeru kepada lembaga disiplin parti dan pengerusi lembaga displin. Sila ambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang nak bercakap tentang bila nak buat pilihanraya.

Orang yang tak suka pilihanraya awal adalah parti bersatu. Jadi kalau dikalangan ahli UMNO yang bercakap nak buat pilihanraya lambat ke bila ke. Saya nak katakan mereka adalah talibarut parti bersatu. Parti bersatu antara parti yang tak mahu buat pilihanraya pada dua kosong dua dua sebab mereka kalah teruk di Melaka.

Mereka kalau boleh nak buat pilihanraya paling lambat sekali. Inilah Parti Bersatu jadi untuk itu saya nak sarankan sekali lagi. Jangan adakan perbincangan secara terbuka bila tarikh pilihan raya nak dibuat. ini strategi parti, biar pimpinan tertinggi parti tentukan. Sekian Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bubar Parlimen Sekarang Elak Ekonomi Negara Hancur

Bubar parlimen sekarang untuk elak ketidak tentuan dan kestabilan politik yang semakin hari jadi huru-hara. Rakyat mahu hidup aman dan sejahtera macam dulu tanpa penganiayaan dari mana-mana pihak. Hentikan penganiayaan kerana politik dendam yang makin menjadi-jadi. Rakyat mahu kerajaan gagal ditukar dengan segera. Tempoh percubaan telah tamat. Kembalikan semula mandat kepada rakyat. Ok pertama sekali kena faham bahawa kita baru sahaja memenangi pilihanraya di negeri Melaka. Ok Alhamdulillah, kita berjaya memenangi 3/4. Maknanya kita sekarang ni dah dapat good mod untuk berhadapan dengan pilihan raya diperingkat persekutuan. Kalau kita lihat daripada pengalaman yang lepas salah satu sebab kita tewas dalam pilihanraya umum yang ke 14 antaranya kita sengaja melengah-lengahkan pilihanraya. Kita masih ingat lagi tempoh paling baik untuk kita adakan pilihanraya pada tahun 2017. Iaitu selepas sukan sea penghujung tahun tersebut, patutnya kita adakan pilihanraya pada ketika itu. Namun disebab

Zeti Tidak Boleh Didakwa Selagi Tak Tukar Kerajaan

Zeti tidak boleh didakwa selagi kerajaan masih kabinet Muhyiddin Yassin. Perkara ini telah bincangkan oleh Netizen yang telah mengajukan banyak soalan-soalan diruang komen dalam video live Lokman Adam.  Rakyat ingin tahu perkara sebenar. Sebab tu ramai yang bertanya. Tapi tak tahu nak tanya pada siapa. Jadi live Dato' Lokman lah tempat rakyat bertanya. Sekarang kita terus ke soalan-soalan berikut: Soalan dari Netizen Assalamualikum Dato' Bagaimana kita nak hendak heret kerajaan PH kemuka pengadilan yang jelas menurut fakta sebenar 1MDB hanya semata-mata hendak mengenakan Dato' Seri Najib Ini Jawapannya Dari Dato' Lokman Adam Saya rasa selagi tak tukar kerajaan ni payah sikitlah. Sebab selagi tak tukar kerajaan ni. Selagi itulah…  Ketua Hakim Negara lantikan Mahathir dikekalkan. Selagi itulah Peguam Negara lantikan Muhyiddin dikekalkan Dan selagi itulah orang-orang seperti Latifah Koya, orang seperti Tommy Thomas tidak boleh kita hadapkan ke muka pengadilan. Sebab kita k

Ketua Polis Negara Notis Merah Interpol Jho Low

Ketua polis negara yang baru mengeluarkan kenyataannya Jho Low masih belum lagi disenaraikan dalam notis Merah Interpol. Tapi dalam kenyataan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Feb 2020 dengan tajuk utamanya "Jho Low Telah Di Kenakan Notis Merah Interpol: MKN". Mana satu yang betul. Ini yang buat rakyat keliru. Tak tahu cerita mana yang betul. Dah macam cerita dongeng 2.6 bilion yang heboh di media sosial. Untuk itu rakyat ingin tahu cerita sebenar bukan cerita yang direka-reka oleh pihak tertentu. Kita dikejutkan semalam apabila ketua polis yang baru ini menyatakan Jho low dan beberapa nama lagi belum dimasukkan ke dalam notis merah Interpol. Pada 19 Februari 2020 ketua polis ketika itu, iaitu Tan Sri Hamid Bador telah menyatakan bahawa nama Jho Low telah pun dimasukkan ke dalam notis merah interpol . Semalam ketua polis yang baru menyatakan belum dimasukkan. Jadi persoalannya sekarang siapa yang bercakap bohong. Bekas ketua polis negara yang lalu atau pun ketua polis negara