Langkau ke kandungan utama

PAS Bersedia Bekerjasama Dengan Kerajaan Perpaduan

Salam satu salam Malaysia, Salam Malaysia Madani.  Kita ke udara pada malam ini untuk membicarakan isu-isu semasa. Tajuk berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh timbalan presiden PAS yang mengatakan bahawa PAS bersedia dengan kerajaan perpaduan, sekiranya RUU 355 diluluskan. Ha ini tuan-tuan.

Jadi saya nak bagi tahu saudara-saudara, sebelum ini mungkin PAS lupa, lapan belas bulan dia bersama dengan kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin kemudian tambah lagi lima belas bulan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri, tiga puluh tiga bulan dia menjadi kerajaan, dia tidak pernah fikir pun nak melaksanakan RUU tiga lima lima tuan-tuan.


Tiba-tiba hari ni dia nak bekerjasama dengan kerajaan perpaduan, untuk meluluskan RUU (355) tiga lima lima. Ini bagi sayalah saudara-saudara ini ada udang di sebalik batu. Kerana saya dapati seolah-olah macam nak menyelamatkan diri daripada menjadi kluster mahkamah.

Kita tahu bahawa tuan guru Haji Hadi Awang sekarang ini dalam proses petition pilihan raya ke atas diri beliau kerana rasuah yang diberikan secara terang-terangan ketika pilihan raya umum yang lalu, pilihan raya umum ke lima belas dan bila-bila masa daripada sekarang beliau boleh kilangan kerusi ahli parlimen Marang.

Begitu juga ada petisyen di Kuala Terengganu. Ada petisyen di Kemaman ramai yang akan hilang kerusi mereka. Dalam masa yang sama mengikut SPRM tuan-tuan. Perbuatan mereka menyogok pengundi secara besar-besaran ini juga tuan-tuan boleh mengakibatkan si penyogok itu didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Dan tuan-tuan pun tahulah kalau kena dakwa menyogok dan disogok ini hukuman dia tidak lain tidak bukan. Bukan setakat denda, dia juga boleh dipenjarakan. Saya lebih nampak bahawa tindakan terdesak PAS ini saudara-saudara untuk mengelakkan daripada mereka ini terjerumus menjadi kluster mahkamah.

Kerana baru-baru ini juga ada pemimpin PAS saudara-saudara yang telah datang berjumpa dengan kepimpinan UMNO sekali lagi menawarkan untuk bersama-sama dengan kerajaan kita. Cuma mereka mencerita seolah-olah saudara-saudara hari ni hubungan di antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kepimpinan Hamzah Zainudin sudah mula retak.

Memang kita tahu pun. Memang retak tuan-tuan. Kita tahu bahawa kalau sebelum ini kita tengok mungkin Haji Hadi ini selesa juga dengan Datuk Seri Hamzah, tapi sekarang ini nampaknya dia lebih mahu mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang mengantikan Datuk Seri Hamzah.

Mereka sama mereka pun tuan-tuan hari ini sudah mula berbalah, sudah mula nampak retak dan menanti belah. Itu pun masih ada lagi blogger-blogger upahan mereka yang masih lagi setia. Masih lagi menebarkan fitnah-fitnah. Bila kita mendedahkan fitnah-fitnah yang mereka buat, mereka kata kita pula fitnah. Dan dia tambah fitnah baru pula. Saya baru saja menjawab Raggie Jessy ni.

Dia kata saya saya fitnah dia. Saya nak beritahu saya kenal Raggie Jessy. Kalau betul pun dia cakaplah sebab saya kenal dia tahun dua ribu lapan belas untuk makluman tuan-tuan. Saya kenal dia tahun dua ribu lapan belas, dia datang jumpa saya, saya pun tak mahu, tak tahu daripada mana dia datang, dia datang cari saya.

Tapi dalam fitnah semalam ni dia kata saya cari dia nak rapatkan diri saya dengan Datuk Najib yang itu memang seronoklah tuan-tuan   mungkin apa dia ini, dia ini tak buat homework langsunglah. Dia sedar tak bahawa Datuk Najib ini, angkat saya sebagai panel pemikir JASA ini tahun dua ribu sepuluh. Datuk Najib angkat saya jadi panel pemikir JASA tahun dua ribu sepuluh kemudian tahun dua ribu enam belas Datuk Seri Najib lantik saya sebagai pengarah komunikasi kementerian kewangan bawah dia tahun dua ribu enam belas sampailah dia hilang kuasa sebagai Perdana Menteri pada tahun dua ribu lapan belas.

Saya kenal Raggie Jessy tahun dua ribu lapan belas ketika saya menentang Tun Doktor Mahathir ketika itu. Saya ingat lagilah dia datang dia bawa kereta seorang-seorang. Dia boleh cakap saya menumpang populariti dia.

Ini saya nak tergelaklah. Betul-betul saya nak tergelak dan dia kata saya gunakan dia untuk rapat dengan Datuk Seri Najib. Saya rasa nak jawab pun membazir masa sebab, saya rasa orang UMNO semua tahu, saya dah berkhidmat dengan Datuk Seri Najib ni daripada tahun dua ribu sepuluh lagi ketika dia tempatkan saya di JASA dan kemudian kita berada di kementerian kewangan direct bawah dia dan tiap-tiap bulan saya kena lapor dengan dia tuan-tuan.

Saya tak tahulah macam mana dia boleh ada idea macam ni punya gila untuk mengatakan bahawa saya menggunakan dia untuk rapat dengan Datuk Seri Najib. Tapi bagi saya bagi saya tuan-tuan orang boleh menilai sama ada apa yang dia cakap itu betul ataupun tidak. Saya bukan nak mempertikaikan dia dah masuk Islam sebab masa saya kenal dia dua ribu lapan belas, dia bukan Islam. 

Dia tak pernah cerita pun dia dah masuk Islam. Ha kita rapat juga dulu dan dia pula cakap kali pertama dia kenal saya. Dia kata dekat Pejabat Azwan Din di Ampang.  Sebenarnya dia dah banyak kali datang rumah saya, jumpa saya dan itu dekat pejabat Azwan Din. Itu dah dah penghujung-hujung sebelum hubungan saya dengan dia menjadi apa ni sour.

Sebab saya nampak macam ada senget sikit dia nak jadi perdana menteri bukan Melayu yang pertama. Kalau betullah dia tahun dua ribu lapan lagi dia dah masuk Islam. Kita cakap dengan dia sebelum ni, dia pula cakap saya minta maaff dengan dia. Bila masa saya minta ma’af dengan dia.

Suruh dia buktikan, saya minta maaf dengan dia. Saya cuma minta dia buktikan, kalau orang dah masuk Islam. Kalau betul dia dah masuk Islam, cuba tunjukkan sijil. Dia dah masuk Islam. Mengesahkan dia dah masuk Islam tahun dua ribu lapan. Memang dia tak boleh tuan-tuan.  Sebab saya musykillah memanglah bersyahadah itu betul.

Walaupun kita tahu dah banyak kali dia bersyahadah pun tak betul. Cara dia bersyahadah itu dan masa dua tiga tahun lepas benda ni berbangkit pun saya pun mempertikaikan juga sebab masa saya pertikaikan itu barulah dia nak bersyahadah.  

Dia buat live.  tak apalah. Itu pun salah, tak apalah. Persoalan dia. Buktikan lah, bukan susah sangat. Dia ada Facebook, dia ada third force. Third force ini, itulah dia punya slogan. Dia kata dia akan jadi third force bila orang dah tolak BN, orang dah tolak PH, orang akan ambil platforce ambil dia, dan dia akan jadi perdana menteri.  Angan-angan macam ini semua orang boleh berangan tuan-tuan. 

Jadi biarkan, yang pasti saudara-saudara hari  ini saya yakin semakin hari semakin ramai yang boleh membaca penipuan demi penipuan yang dia lakukan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bubar Parlimen Sekarang Elak Ekonomi Negara Hancur

Bubar parlimen sekarang untuk elak ketidak tentuan dan kestabilan politik yang semakin hari jadi huru-hara. Rakyat mahu hidup aman dan sejahtera macam dulu tanpa penganiayaan dari mana-mana pihak. Hentikan penganiayaan kerana politik dendam yang makin menjadi-jadi. Rakyat mahu kerajaan gagal ditukar dengan segera. Tempoh percubaan telah tamat. Kembalikan semula mandat kepada rakyat. Ok pertama sekali kena faham bahawa kita baru sahaja memenangi pilihanraya di negeri Melaka. Ok Alhamdulillah, kita berjaya memenangi 3/4. Maknanya kita sekarang ni dah dapat good mod untuk berhadapan dengan pilihan raya diperingkat persekutuan. Kalau kita lihat daripada pengalaman yang lepas salah satu sebab kita tewas dalam pilihanraya umum yang ke 14 antaranya kita sengaja melengah-lengahkan pilihanraya. Kita masih ingat lagi tempoh paling baik untuk kita adakan pilihanraya pada tahun 2017. Iaitu selepas sukan sea penghujung tahun tersebut, patutnya kita adakan pilihanraya pada ketika itu. Namun disebab

Zeti Tidak Boleh Didakwa Selagi Tak Tukar Kerajaan

Zeti tidak boleh didakwa selagi kerajaan masih kabinet Muhyiddin Yassin. Perkara ini telah bincangkan oleh Netizen yang telah mengajukan banyak soalan-soalan diruang komen dalam video live Lokman Adam.  Rakyat ingin tahu perkara sebenar. Sebab tu ramai yang bertanya. Tapi tak tahu nak tanya pada siapa. Jadi live Dato' Lokman lah tempat rakyat bertanya. Sekarang kita terus ke soalan-soalan berikut: Soalan dari Netizen Assalamualikum Dato' Bagaimana kita nak hendak heret kerajaan PH kemuka pengadilan yang jelas menurut fakta sebenar 1MDB hanya semata-mata hendak mengenakan Dato' Seri Najib Ini Jawapannya Dari Dato' Lokman Adam Saya rasa selagi tak tukar kerajaan ni payah sikitlah. Sebab selagi tak tukar kerajaan ni. Selagi itulah…  Ketua Hakim Negara lantikan Mahathir dikekalkan. Selagi itulah Peguam Negara lantikan Muhyiddin dikekalkan Dan selagi itulah orang-orang seperti Latifah Koya, orang seperti Tommy Thomas tidak boleh kita hadapkan ke muka pengadilan. Sebab kita k

Ketua Polis Negara Notis Merah Interpol Jho Low

Ketua polis negara yang baru mengeluarkan kenyataannya Jho Low masih belum lagi disenaraikan dalam notis Merah Interpol. Tapi dalam kenyataan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Feb 2020 dengan tajuk utamanya "Jho Low Telah Di Kenakan Notis Merah Interpol: MKN". Mana satu yang betul. Ini yang buat rakyat keliru. Tak tahu cerita mana yang betul. Dah macam cerita dongeng 2.6 bilion yang heboh di media sosial. Untuk itu rakyat ingin tahu cerita sebenar bukan cerita yang direka-reka oleh pihak tertentu. Kita dikejutkan semalam apabila ketua polis yang baru ini menyatakan Jho low dan beberapa nama lagi belum dimasukkan ke dalam notis merah Interpol. Pada 19 Februari 2020 ketua polis ketika itu, iaitu Tan Sri Hamid Bador telah menyatakan bahawa nama Jho Low telah pun dimasukkan ke dalam notis merah interpol . Semalam ketua polis yang baru menyatakan belum dimasukkan. Jadi persoalannya sekarang siapa yang bercakap bohong. Bekas ketua polis negara yang lalu atau pun ketua polis negara