Ketua Polis Negara Notis Merah Interpol Jho Low
Ketua polis negara yang baru mengeluarkan kenyataannya Jho Low masih belum lagi disenaraikan dalam notis Merah Interpol. Tapi dalam kenyataan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Feb 2020 dengan tajuk utamanya "Jho Low Telah Di Kenakan Notis Merah Interpol: MKN". Mana satu yang betul. Ini yang buat rakyat keliru. Tak tahu cerita mana yang betul. Dah macam cerita dongeng 2.6 bilion yang heboh di media sosial. Untuk itu rakyat ingin tahu cerita sebenar bukan cerita yang direka-reka oleh pihak tertentu.
Kita dikejutkan semalam apabila ketua polis yang baru ini menyatakan Jho low dan beberapa nama lagi belum dimasukkan ke dalam notis merah Interpol. Pada 19 Februari 2020 ketua polis ketika itu, iaitu Tan Sri Hamid Bador telah menyatakan bahawa nama Jho Low telah pun dimasukkan ke dalam notis merah interpol.
Semalam ketua polis yang baru menyatakan belum dimasukkan. Jadi persoalannya sekarang siapa yang bercakap bohong. Bekas ketua polis negara yang lalu atau pun ketua polis negara yang baru ini. Siapa yang bercakap bohong. Tentu saja dikalangan kalian dua orang ini tentu saja salah seorang daripada kalian bercakap bohong dan kalau berbohong kenapa berbohong. Dan kalau berbohong siapa yang suruh kalian berbohong. itu persoalanya.
Hampir setahun lebih kita dikejutkan semalam apabila ketua polis yang baru menyatakan Jho Low masih lagi belum disenaraikan di dalam notis merah interpol. Ini menjadi persoalan pada kita sebelum ini ketua polis negara yang lalu menyatakan dah tahu lokasi Jho Low kita akan tangkap pada hujung bulan ini pada hujung tahun ini dan pelbagai perkara. Siapa yang berbohong ketika ini itu persoalan yang saya ingin tegaskan kerana tentu saja ketua polis (PDRM) mempunyai integriti yang tinggi dalam pasukannya.
Siapa di kalangan dua orang ketua polis negara jawatan tertinggi dalam PDRM. Siapa yang bercakap bohong ketua polis yang lalu ataupun ketua polis yang sekarang ini dan kenapa berbohong dan siapa yang arahkan kalian berbohong itu saja persoalan yang saya rakyat ingin tahu. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Ulasan
Catat Ulasan