Langkau ke kandungan utama

Umno Terkeluar Dari Landasan Perjuangan Atau Mail Sebenarnya Berhasrat Nak Keluar Dari Perjuangan

Assalamualaikum salam satu Malaysia salam Malaysia madani. Kita ke udara pada malam ini untuk membicarakan isu-isu semasa tuan-tuan Malam ini kita nak mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang mengatakan bahawa hari ini UMNO sudah lari daripada landasan Perjuangan.

Soalan saya kembali kepada Ismail Sabri. Sebenarnya UMNO yang lari daripada landasan perjuangan atau kamu yang mahu lari. Ada desas-desus terkini tuan-tuan. Desas-desus terkini yang kita dapat. Ada sekitar tujuh ahli parlimen sedang mempertimbangkan untuk mengosongkan kerusi parlimen mereka. Satu dari negeri Pahang Darul Makmur. Empat daripada negeri Johor. 


Satu daripada negeri Sabah dan satu lagi berada di negeri di sebelah utara tanah air tuan-tuan. Ha saya tak boleh cakap dengan terang nanti orang boleh tangkap dengan jelas. Namun beberapa pertimbangan sedang di pertimbangkan oleh mereka-mereka ini. Itu sebab hari ini kita tak terkejut Bila ada puak-puak tertentu yang di belakangnya ada ahli parlimen daripada Johor ini. Hari ini konon-kononnya tiba-tiba bertindak begitu vokal mengecam kepimpinan mencabar, mengugut kepimpinan dan ada jugalah langkah-langkah yang sudah pun diatur kita pun nampak perjumpaan-perjumpaan di Damansara. 

Kita pun nampak ada beberapa pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh puak-puak ini. Namun saudara-saudara percayalah. Sekiranya berlaku pilihan raya di ketujuh-tujuh kawasan parlimen ini, bagi saya ianya adalah satu hikmah. Kerana inilah peluang saudara-saudara untuk kita memastikan bahawa kerusi-kerusi yang hari ini atas nama Barisan Nasional dapat kita rampas kembali dan kita berikan kepada orang yang betul-betul 100% Barisan Nasional daripada orang ini dia masih lagi memegang jawatan sebagai ahli parlimen Barisan Nasional tetapi hati dan jiwanya bersama dengan Perikatan Nasional. 

Jadi tak payahlah duk sembang kata, UMNO lari daripada perjuangan. Kalau sendiri pun ada usaha nak melarikan diri. Ini bibit-bibit ni semua saudara-saudara apa yang dilontarkan oleh puak-puak ini saudara-saudara hanyalah bibit-bibit ke arah perancangan lebih besar mereka. Iaitu untuk create pressure, untuk create tekanan ke atas kerajaan perpaduan ini supaya mereka boleh berikan gambaran bahawa kerajaan perpaduan ini tidak stabil.

Okey jadi malam ni bersama saya Saudara Lan, saudara Ishak, saudara Ghani dan Mimi yang berada di studio. Untuk yang nak bertanya soalan boleh ajukan soalan anda di talian kosong satu sembilan empat lapan satu sembilan empat sembilan lima.  

Silakan saudara. Ok datuk. Ismail Sabri ada keluarkan satu kenyataan di Sinar Harian. Dia kata UMNO menolak Muafakat Nasional kerana lari dari landasan perjuangan tapi kenapa waktu gerakan bersama dengan BN dulu Mail tak cakap pun kita lari dari landasan ni. Itulah sebabnya. Kalau kita lihat pertama sekali muafakat nasional ini wujud bila mana kita menandatangani piagam Muafakat Nasional bersama dengan PAS. Kita tanda tangan ketika kedua-dua belah pihak bersetuju untuk bertaawun. Bertaawun ni maknanya kita bersetuju untuk bekerjasama dalam perkara-perkara berhubung dengan kepentingan umat Islam berhubung dengan kepentingan orang Melayu sebelum kita berthalusisi. Berthalusiasi satu langkah di mana PAS dan UMNO duduk di dalam sebuah gabungan parti politik. Contohnya PAS masuk dalam kerajaan ataupun masuk dalam Barisan Nasional kah itu dipanggil thahalufsiasi. Tetapi kita baru sahaja berta'awun macam baru nikah tapi kat Thailand belum sempat bawa balik ke Malaysia, PAS sudah nikah dengan jantan lain. 

Maknanya belum sempat kita daftarkan pernikahan kita di Malaysia. PAS sudah pun bernikah dengan ataupun telah menyertai walaupun Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan banyak kali mereka ada membentuk menyertai apa yang dipanggil sebagai parti perikatan nasional bersama dengan Bersatu namun akhirnya saudara-saudara perkara ini dah terbongkar memang mereka menyertai Perikatan Nasional. Jadi sebenarnya yang memusnahkan Muafakat Nasional bukan UMNO. UMNO telah menghulurkan tangan silaturahim kepada PAS. Tetapi selepas UMNO dan PAS mewujudkan Muafakat Nasional baru di peringkat thalufsiasi, belum sempat bertaawun, dia sudah pun baru bertaawun, belum sempat bertahalufsiasi, PAS sudah pun bersama dengan Bersatu, bersama dengan Gerakan dan sebuah lagi parti pada ketika itu ialah MIC. Di peringkat awal MIC masuk dan kemudian MIC mengundurkan diri daripada Perikatan Nasional bila kita membantah ini sebenarnya apa yang yang berlaku dan kalau kita nak tengok hari ini. Kalau nak kata kerjasama kita bersama dengan DAP itu sebagai sesuatu yang kita lari daripada perjuangan maknanya semenjak peristiwa tiga belas Mei kemudiannya diwujudkan apa yang dipanggil sebagai Perikatan yang dulu parti Perikatan kapal layar bertukar menjadi Barisan Nasional semenjak itu gerakan menyertai Barisan Nasional adakah Ismail Sabri lupa bahawa selama hari ini Gerakan bersama kita selama hari ini juga bersama kita selama hari ini MIC juga bersama kita adakah kita dah lari daripada perjuangan? 


Bukankah ketika Ismail Sabri menjadi perdana menteri pada ketika itu juga apa ni MIC dan MCA juga berada di dalam Barisan Nasional. Ha ini ini sepatutnya diteliti dengan seteliti-telitinya oleh Ismail Sabri sebelum dia mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO sudah lari daripada perjuangan, yang sebenarnya lari daripada perjuangan ini ialah diri beliau sendiri. Kalau misilannya beliau tidak mengkhianati parti beliau tidak berselingkuh dengan musuh-musuh UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau tidak menandatangani perjanjian dengan Muhyiddin Yassin beliau melakukan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan sebagai Perdana Menteri bagi mengelakkan pendakwaan terpilih diteruskan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak maka mungkin hari ini UMNO berada dalam keadaan yang lebih baik Kalau Ismail Sabri tidak menangguhkan pilihan raya demi untuk menyelamatkan tengkuk dia sebagai perdana menteri maka sudah pastilah kalau pilihan raya itu diadakan selepas pilihan raya Melaka selepas pilihan raya di Johor saya yakin Barisan Nasional hari ini masih lagi memerintahdan silap-silap Ismail Sabri pun masih lagi perdana menteri tetapi kita dah nasihat terlalu lama kita nasihat kepada beliau, beliau tak pernah pun mengindahkan maka hari ini silap hari bulan bukan setakat dia hilang kuasa, silap hari bulan beliau juga mungkin boleh menjadi kluster mahkamah apa yang mustahil. Pak Mail. 

Ismail Sabri ni boleh kata macam tali barut PN gitu Saya nak kata dia sebagai bekas perdana menteri tali barut PN itu mungkin tak sampai ke tahap itulah tetapi saya yakin beliau mempunyai kerjasama yang baik dengan rakan-rakan daripada PAS dan bersatu dan saya tak terkejut kalau misalannya selepas ini beliau mengosongkan kerusi Bera. Saya tak terkejut kalau misalannya beliau mengambil tindakan mengosongkan kerusi Bera dan bertanding atas tiket parti lain. Saya tak terkejut kerana tak tahulah mungkin orang lain percaya kat dia saya dah lama tak percaya kat dia begitu. 

Ya. Dalam kenyataan yang sama yang dikeluarkan oleh Ismail Sabri. Ya. Dia mengatakan bahawa kini UMNO terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu dalam PRN baru-baru ini. Benar tutup. Saya tak boleh nak nafikan sepenuhnya kerana punca UMNO mempunyai prestasi begitu buruk hari ini ialah Ismail Sabri. Kalau itu hari, sembahyang Sabri tak melengahkan pilihan raya, hari ini UMNO sudah berkuasa penuh UMNO adalah kerajaan, UMNO adalah parti dominan dalam kerajaan dan kebarangkalian untuk kita memerintah secara bersendirian tanpa perlu kita bergabung dengan mana-mana parti politik sangat cerah ketika musuh-musuh politik UMNO ketika itu sedang berantakan selepas pilihan di Melaka selepas pilihan raya di Johor.

Tetapi dia membantu musuh kita build up their strengthmemulihkan kekuatan mereka mengembalikan apa ni mengukuhkan semula kedudukan mereka. Orang yang dah pencen daripada politik macam Rafizi sempat patah balik, sempat menjejaskan keputusan kita. Semuanya kerana Ismail Sabri ah. Kerana dia nak menjadi perdana menteri dan kerana dia mendengar bisikan-bisikan syaitan daripada menteri-menterinya yang tak nak hilang kuasa. Ha mungkin ada banyak sebab kenapa mereka tidak mahu buat pilihan raya cepat. Okey kerana apa yang diluluskan, belum masterize mungkin apa yang dia patut dapat belum dapat so ini semua berpunca daripada dia kan. 

Jadi kalau misalannya dia meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi dia Hari ini UMNO boleh memerintah secara bersendirian dan silap-silap dia masih perdana menteri tapi nak buat macam mana? Dia tahu kalau BN memerintah secara bersendirian kebarangkalian besar Presiden UMNO lah yang akan menjadi perdana menteri betul tak betul maka beliau telah membantu musuh dengan melengahkan pilihan raya dengan harapan supaya UMNO tak boleh BN tak boleh memerintah secara bersendirian BN terpaksa menarik sokongan daripada Bersatu dan PAS untuk membentuk kerajaan Dan akhirnya Bersatu dan PAS akan detail UMNO siapa yang dia mahukan sebagai perdana menteri maka akhirnya dia akan kembali sebagai perdana menteri dia merancang Allah Taala pun ada perancangannya akhirnya apa yang berlaku akhirnya rupa-rupanya betul kita boleh menubuhkan kerajaan tetapi bukan dengan bersatu, bukan dengan PAS tetapi dengan pakatan harapan. 

Silap siapa? Silap diri sendiri okey begitu. Ya. Hari ni kita melihat UMNO terbahagi kepada dua sekarang. Hmm. Pro kepada Perikatan Nasional dan perpaduan selaku majlis kerja tertinggi, apa perlu UMNO lakukan Saya tak bersetuju mengatakan UMNO terbahagi kepada dua. sebab kebanyakan daripada pengkhianat-pengkhianat yang pro kepada kerajaan kepada Perikatan Nasional ni ramai yang sudah tidak ada lagi bersama dengan UMNO. Yang hari ni nak menggerakkan apa perhimpunan dekat PWTC kononnya. 

Ni semua puak Perikatan. Yang dah join Muafakat Nasionalyang ada mungkin dua tiga orang yang digunakan oleh Hishamuddin untuk buat kacau bising ada dua tiga orang yang berhasrat untuk melarikan diri daripada perjuangan ni. Lepas itu dia kata kita yang lari daripada perjuangan kan. Tak ramai. Jadi tak adillah kita nak kata UMNO ni terbahagi dua. Ha tak betul. kan. Ada orang UMNO yang belum bersedia menerima kerjasama dengan Pakatan Harapan khususnya DAP betul. Ini wujud. 

Tapi nak kata orang UMNO hari ni sebahagian sebahagian daripada mereka tak keluar mengundi. Sebahagian daripada mereka mengundi Perikatan Nasional kerana mereka sayangkan Ismail Sabri kah sayang kat Khairy Jamaluddinkah sayang dekat apa ni Anwar Musa sayang kat Tun Faisal kah? Tak adalah. Ha. Ha okey Okey itu yang menjelang PRK di Kulai dan juga DUN Simpang Jeram. Okey. Adakah boleh kita pisahkan Johor dari arus penolakan terhadap UMNO DAP. 

Adakah Johor akan selamat kerana BL menang di sana sebelum ni? Komen tu. Saya nampak dipulai rakan kita Amanah atas tiket Pakatan Harapan akan menang mudahlah insya-Allah. tidak ada sebarang halangan kerana di situ undi Bersatu dua puluh ribu lebih je undi Datuk NorJazlan dulu pun lebih kurang tiga puluh satu ribu undi allahyarham selalu Din Ayub pun enam puluh ribu lebih so saya tak nampaklah ada sebarang halangan untuk Kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan perpaduan memenangi kerusi pulai.

Begitu juga dengan Dun Simpang Jeram kita masih lagi ke hadapan tetapi kawasan ni kita tak nafikan bahawa pasti akan ada saingan pasti akan ada saingan. Begitu juga dengan DUN Pelangai di di di Bentong Pahang juga akan ada saingan kerana di kawasan-kawasan ini ada jumlah pengundi Melayu yang boleh dikata agak signifikan lah yang boleh memberikan saingan yang sengit kepada barisan nasional di sana Namun saya yakin kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Wan Rosdy dan kepimpinan mantan Menteri Besar dulu Datuk Seri Anwar Yaakob apa ni di DUN Pelangai. 

Saya yakin insya-Allah insya-Allah BN boleh menang dengan dengan selesa di DUN Pelangai. saya pun ada bercakapada berhubung dengan Datuk Seri Anwar Yakob kan. Beliau kata beliau akan bekerja keras dalam memastikan kemenangan barisan nasional di ini satu benda yang saya rasa sangat legalah bila mendengar beliau kata demikian. 

Okey. Okey Datuk. Ya. Kalau ada. Kita open kepada okey kita buka kepada soal jawab daripada rakan-rakan di rumah. Siapa yang nak masuk. boleh masuk ke TikTok saya, Datuk Lokman Adam. Okey, silakan. Pokok Sena aha. Pokok Sena jauh ni Kedah ni. Assalamualaikum waalaikumussalam ya saya saya sebenarnya saya nak mengucapkan satu ucapan yang dianggap sebagai saya rasa amat kagum dengan Datuk Lokman Adam susur tubuh yang saya rasa bertahun Datuk berjuang, setiap malam masa ni saya menganggap ini adalah satu kejayaan besar untuk UMNO kerana ada orang seperti Datuk.

Okey, saya soalan saya Datuk. Okey, terima kasih. Saya sebenarnya amat terkejut dengan orang yang tidak bekerja tetapi selepas rumah siap, pahat berbunyi. Amat kecewa saya melihat kerana saya tak nampak apa pun sumbangan beliau semasa dalam PRN, tetapi selepas rumah siap, seolah-olah sebulan kita berjuang dalam PRN beliau tidak menampakkan muka dan statement yang dikeluarkan tadi saya dengar amat mengecewakan kerana dia mengatakan kita boleh memilih sesiapa parti mana sahaja yang kita suka. 

Itu merupakan satu signal yang amat siapa yang cakap siapa yang cakap itu ya? Siapa yang cakap kita boleh pilih siapa yang cakap kita boleh pilih parti mana yang kita suka. Itu this statement dalam satu ucapan beliau di dalam satu pentas semasa PRN baru ni. Saya ada video itu. Siapa nama dia? Siapa yang cakap ni Ketua Pemuda UMNO ya. 

Nanti boleh hantar tak apa ni boleh hantar tak apa ni DM hantar kat saya nanti. ucapan betulkah dia cakap macam itu betul tidak tidak begitulah macam mana kita sebagai pimpinan UMNO, kita kata kita boleh pilih sesiapa saja yang kita suka. So that is very wrong. Ha ha. Datuk boleh tengok dalam DP yang dikeluarkan itu ada saya Terkejut dengan kenyataan itu dan saya juga terkejut. Kenapa selepas Pilihan Raya PRN baru nak kumpulkan orang?

Kenapa sebelum PRN tak nak kumpulkan semua anak muda UMNO untuk berjuang bersama-sama ini yang saya anggap sebagai satu benda yang tak saya nak kata kucing dalam lipatan boleh juga kalau nak dikatakan benda yang tidak sepatutnya berlaku dalam UMNO kerana kita sayangkan UMNO Datuk. Kita rasa kita perlu melakukan sesuatu supaya UMNO tidak lagi ditikam dari belakang berkali-kali Datuk. 

Biarlah benda yang berlaku lepas lepas. Kita nak move on ya. Dan saya nak UMNO landasan. Dan kami di sini berjanji Datuk, kami akan berjuang bersama-sama kerana selama ini kami hanya melihat tapi hari ini kami akan bangkit dan kami akan terus berjuang bersama UMNO untuk membuktikan bahawa UMNO masih relevan dan UMNO mempunyai kekuatan tersendiri. Terima kasih datuk terima kasih. 

Okey merbah jambul Assalamualaikum Datuk Lokman waalaikumussalam betul saya nak bagi pendapat kalau pendapat ni kalau tak boleh pakai tak apa mhm okay macam ni kalau kalau kita tengok PRN ni kebanyakan ahli di bawah masih lagi tak tahu tentang penggabungan ni tentang kes saya kenapa baik dikenakan tentang Bersatu nak nak bunuh kita apa semua hmm boleh tak datuk buat penerangan di setiap negeri panggil ahli UMNO mhm ahli-ahli UMNO siapa yang nak bertanyakah hmm nak berhuja ke. Kan? Dekat situ tiap-tiap bulan ke setiap kali kan. Jadi boleh dapat input daripada ahli di bawah sebenarnya. 

Itu patut buat daripada dulu. Kalau kita nak ke PRU enam belas ni. Ya. Actually kita dah start pun kita dah start pun masa sebelum pilihan raya di enam buah negeri itu memang kita fokus di sebelah enam buah negeri inilah Dan siang tadi Datuk Seri Azalina pun dah beritahu saya. Kita akan buat di sebelah Johor dan kita akan buat di negeri-negeri terutamanya di sebelah selatan selepas ni. 

Kita akan pergi negeri-negeri kita akan jumpa bukan hanya oleh dengan kita punya penceramah-penceramah kita akan jumpa juga dengan TikTokers, TikTokers kitauntuk kita memberikan penjelasan ini sebenarnya hampir setiap malam kita bagi penjelasan kenapa kita Jom kita ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan betul kita nampak betul kita nampak kita nampak datuk bagi menyesal dekat dalam Rome ini tapi benda itu tak sampai di bawah sebenarnya banyak persoalan di bawah ini itu sebab saya minta kalau boleh Ramai kat bawah ni nak membantutapi tak tahu macam mana nak membantu. 

Tapi cara yang cara yang paling bagus untuk anda membantu. Yalah supaya semua orang subscribe kepada grup grup komuniti, WhatsApp di setiap kawasan parlimen kerana setiap hari saya akan blast kepada semua seratus sembilan puluh satu kawasan parlimenyang ada UMNO ni dan dalam masa yang sama juga kita ada grup apa yang dipanggil sebagai grup komuniti, media perpaduan, group komuniti penerangan grup grup komuniti kerajaan perpaduan kita juga ada ada blast setiap hari. 

So maklumat yang anda dapat ni, kita harap anda dapat tolong masukkan di dalam grup WhatsApp. Tamankah, grup WhatsApp sekolah kah, grup WhatsApp politik kah, grup WhatsApp betul-betul, cawangankah supaya apa yang kita prepare untuk dalam bentuk penjelasan ini, video-video pendek yang kita hasilkan dapat disebarkan seberapa, seberapa luas yang boleh . Dan bila dapat apa yang kita hantar itu, janganlah setakat baca je Kita tak ada letak watermark tahu. Sekarang ini saya dah arahkan supaya komunikasi UMNO Malaysia ini, tak payahlah watermark. 

Jadi siapa-siapa nak ambil video kami ni nak kata itu dia punya, ambillah. Kan, halal. Nak monetize pun boleh. Ambil, masuk dalam Facebook kah, masuk dalam YouTube kah, masuk dalam TikTok anda kah. Nak kata itu anda punya ambil ataupun ambil kemudian anda nak nak apa ini dipanggil nak rakam semula apa yang saya cakap itu, tapi anda yang cakap pun boleh, atau nak kupas dengan lebih cantik, lebih indah dia dia nak menang pilihan raya ni, kita kena usaha itu berterusan setiap hari dan dia tak boleh seorang je kerja dia kena ramai orang kerja Ha. 

Saya nak bagi satu kalau boleh pemimpin itu janganlah tarik mengundi pun nak turun ke lapangan. Kalau boleh buat sebulan sekali jumpa dengan haji di bawah ni. Ramai nak jumpa pemimpin sebenarnya. Ya saya setuju saya setuju tok assalamualaikum. waalaikumussalam tok Terima kasih. Saya nak, nak berikan sedikit pandanganlah. Sebab sekali kita tengok Ketua Pemuda UMNO ada bersuaralah memberi tekanan kepada Presiden parti ini mhm. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana kegagalannya. 

Pada pendapat saya saya, saya tak nampak lagilah, dia sebut suruh Datuk Seri Zahid letak jawatan tapi tekanan di dalam yang, yang, yang kata Akmal kata suruh Datuk Zahid letak jawatan ni ianya lebih kepada poster-poster daripada orang yang tak bertanggungjawablah. tetapi kenyataan dia, dia memberikan ugutan. Kalau misalannya pandangan pemuda tidak didengari atau di bakul sampah, dia akan bangkit. 

Saya nak tahu juga apa benda yang dia nak dengar. Sebab dia dia pun ada dalam grup WhatsApp MT semenjak daripada lepas pilihan raya ni tak ada pun sebarang usulkah, cadangankah yang dia utarakan Yes yang untuk kita ahli-ahli MT pertimbangkan. Jadi setakat ni belum ada lagi. Belum ada lagi sebarang cadangan. Kita repeat cadangan.

Jadi kalau dalam mesyuarat MT yang pertama nanti Kita akan tanya dengan dia apa pandangan daripada akar umbi pemuda UMNO yang beliau nak sampaikan kepada kita ahli majlis kerja tertinggi betul tak perlu pun saya rasa tak perlu pun beliau nak bagi warning kah nak bagi ugutankah kita nak bagi tahulah bukan dia seorang ada telurkita ada ramai lagi dalam MT ni pun ada telur juga itu nak bagi tahu dengan dia jangan dia seorang dia dia jangan dia fikir dia seorang anak jantandalam MT ni pun ada ramai anak jantan. Yang lebih cerdik daripada dia pun ada. 

Ha itu kita nak beritahu. Kan. So kita nak dengar dulu apa yang dia nak dia nak sampaikan, yang dia kata ini pandangan akar umbi kerana kerana sehingga ke hari ini belum lagi ada apa-apa yang dia sampaikan ha ini apa sambung sedikit lagi sebenarnya kita untuk mendekati anak muda ini sepatutnya tujuh puluh peratus itu adalah daripada pemuda. Kerana pemuda ini yang lebih menjiwai jiwa anak muka ini. 

Tetapi sewaktu pilihan raya nampak pemuda ini seperti saya tidak mengoptimumkan dia jentera pemuda ini. Ya. Kita kurang program dengan anak muda so so saya harapkan untuk mendepani pilihan raya PRM-PRM yang akan datang ini. Okey. Kita kena lebihkan banyak lagi program penerangan anak muda. 

Kerana kalau kita bawa turun pemimpin-pemimpin yang berumur ini, anak muda kadang-kadang kurang nak mendekati. Kita perlu pemimpin muda seperti ketua pemuda sendiri turun. ketua pemuda bahagian. Ya. Ketua pemuda negeri ya.termasuk juga ketua pemuda perpaduan ni. Sebab kita sekarang dah jadi perpaduan. 

So kena bekerjasamalah. Dan dekat situ kita kena bawa juga pemuda DAP, ketua pemuda DAP supaya dekat situ boleh memberi penerangan dan menghalang doktrin-doktrin yang DAP ni akan menggugat keamanan negara, menjual tanah orang Melayu apa semua ni. Okey. Nanti kita akan sampaikan. 

Saya rasa malam ni pun kita punya kita punya TikTok ni pun akan sampai kepada Ketua Pemuda. Setiap hari saya akan blast. Saya harap Ketua Pemuda dengarlah apa pandangan akar umbi yang minta supaya pemuda turun ke bawah . Insya-Allah benda ni akan sampai dulu terima kasih okay copy tadi dia nak cakap apa? 

Assalamualaikum datuk, sebenarnya saya, saya, saya nak minta copy jawab dulu please okey, okey, okey sebenarnya Ikmal itu Ketua Pemuda UMNO itu kena beri penjelasan ya ada gambar, ada gambar dia dengan Hishamuddinso bila ada gambar dengan Hishamuddin dia menjadi satu tanda tanya, saya walaupun saya bukan pemuda UMNO ya walaupun saya berapa juta walaupun saya dulu saya share keadilan tetapi saya sendiri pun rasa kecewa. 

Dia rasa trend trend dalam UMNO ni dia dia gambar dia dengan Datuk Seri Hishamuddin itu pun kita tak tahu tarikh bila. So kita kena berlaku adillah. Itu mungkin ketika sebelum Hishamuddin dipecat. Ha ya so kita kena kita kena profesional kita jangan-jangan jadi macam puak-puak Perikatan Nasional ini Gambar ini ini mungkin gambar lama jadi kita jangan jadikan benda itu sebagai isu tapi okey, okey. Kalau bab ugutan dia itu saya rasa ada something wrong lah kan. 

Dia sampaikan pandangan pemuda itu terus kepada kita di dalam majlis kerja tertinggi ataupun kalau dia tak boleh tunggu mesyuarat setiap hari kita boleh salurkan maklumat, pandangan malah dia boleh buat video, dia boleh bagi kepada ahli-ahli majlis kerja tertinggi supaya kita boleh pertimbangkan apa sebenarnya yang mereka mahukan apa sebenarnya yang pemuda mahukan? 

kalau dia dah submit benda itu kepada kita dan kita tolak. Lain cerita. Ini masalah kita pun tak tahu. Tiba-tiba dia dia ugut. Dia kata kalau misalannya pandangan kami di bakul sampahkan jangan sampai kami bangkitlah apa benda. Saya rasa tak perlu macam itu sebabnya dia boleh sampaikan selama hari ini saya nak beritahu Datuk Zahid ini. 

Saya nak beritahu tidak ada presiden lain yang memarta pemuda lebih hebat daripada lapan puluh enam persen yang menjadi calon pilihan raya yang lepas terdiri daripada muka baru dan ramai di antara mereka ialah orang muda. Minta maaf cakap tidak ada perdana menteri tidak ada presiden UMNO lain yang pernah memperkasakan pemuda ni lebih daripada Datuk Zahid. 

maknanya memberikan mandat pada orang muda untuk bertanding dalam pilihan raya. sampaikan orang macam saya punbelum layak tak dapat kelayakan untuk bertanding orang lain yang, yang muda dapat peluang untuk bertanding. So saya tak tak faham kenapa orang dia orang masih lagi apa yang dia tak puas hati, kita tak faham. Kalau nak kata Datuk Zahid ini ada sifat pendendamkah, saya nak beritahu Akmal sendiri pun adalah antara orang yang mendesak Datuk Zahid letak jawatan dulu pernah mendesak pernah cakap macam-macam terhadap Datuk Zahid. 

Tetapi bila dia diletakkan untuk bertanding di Jasin. Menang pula itu. Kemudian dapat jadi Exco lagi sana bagi tahulah. Itu jelas menunjukkan bahawa Datuk Zahid ini tidak pernah pun ada rasa dendam pun pada mana-mana pihak. Malah di Johor pun sama juga. Ada di antara orang yang mengkritik kuat dia, penyokong kuat Hishammudin tetapi tetap diberi peluang untuk bertanding dalam pilihan raya itulah datuk sebenarnya ya bila Ikma buat macam ini ya sebab dia nak menyalahkan presiden tapi dia sendiri waktu PRN pun dia hanya turun di Terengganu sahaja. 

Di Kelantan kita di tempat lain pun dia tak turun. Betul-betul. Ha betul. Komitmen dia saya ada dengar, saya ada dengar benda ni kan. Mungkin nanti kita akan tanya dialah, kenapa dia minta turun termasuk juga termasuk juga ketua pemuda kelate, ketua pemuda UMNO Kelantan pun sama, Asmawi itu. Tak begitu saja yang bergerak jatuh. Mangsa saja yang bergerak dengan tak ada dana pun. Dia, dia macam gini apa siapa ni? Copy. 

Kalau boleh kita, kita jangan, kita jangan jadi macam dia oranglah.. Kalau boleh kita jangan jadi macam dia orang, kita nak beli murah sana, beli rumah orang sini. Kita masuk pilihan raya secara bersama. Kita ambil tanggungjawab secara bersama Mahu Husein dia ada cara dia. Kepakaran manusia, dia pakar dalam bab bercakap, dia buat live. 

Dia cari salah orang. Dia pergi buat ceramah, okey mungkin peranan dimainkan oleh Ketua Pemuda Kelantan dia mungkin dia tak boleh nak berceramah ataupun dia dia menggunakan kaedah lain menyusun jentera dan sebagainya. Mungkin dia tidak dilihat ke hadapan tetapi setiap orang dia ada peranan masing-masing. itu sebab bagi saya bila kita dah selesai pilihan raya ni kita sepatutnya tidak menunding jari pada mana-mana pihak. 

Kita tak nak Akmal tunding jari kepada presiden semua orang tanggungjawab bersama dan kita pun jangan jadi macam mereka. elakkan daripada daripada membangkitkan perkara-perkara macam inilah. kecuali kalau misalannya dia ada dengan kita, kita boleh tanya dengan dia. Kan? Kenapa tak turun, dia akan ada peluang nak bela diri dia? 

Dia boleh explain. dia menyusun jentera, bermotorlah apa semua. memanglah tak nampak dia punya ceramah kalau dia susun jentera bermotor, jentera pasang poster, betul tak masing-masing ni dia ada bidang tugas masing-masing. puteri UMNO dia jaga apa ni IT kan? Dia jaga pusat apa dia panggil calling center untuk call pengundi-pengundi muda wanita UMNO ada sebahagian mereka dia buat JR ada sebahagian mereka pergi mengedarkan hand bil untuk yang bawah tiga puluh mungkin ada pasukan lain yang uruskan so masing-masing ada tugas masing-masing okay okey 

assalamualaikum Datuk saya nak minta maaf dengan Datuk ni dulu saya termakan dengan dakyah-dakyah awal lagu ni dia panggil datuk Lobakman itu bukan yang panggil saya itu. KJ? Ya yalah orang dalam UMNO sendiri itu panggil Okey bagus dah saya bersetuju dengan pendapat Datuk yang untuk ke PRU enam belas ni kita kena guna satu lambang aje. Tapi bagi pendapat datuk lah, mana yang lebih baik kalau kita pakai, kita bubar PM ni UMNO masuk bawah Pakatan Harapan ataupun Pakatan Harapan tu bubar PKR, dia bergabung bawah UMNO dan apa impak dia itu kalau saya rasalah saya rasa untuk jangka jangka masa panjang. 

Kalau kita dapat rebranding dengan menghasilkan satu logo baru itu lebih baiklah. lebih baik. Saya pernah berpandangan bahawa fasal setengah-setengah orang dia dah selama hari ni pakar dacing, tiba-tiba dacing tak ada dia susah nak pangkah kan. Saya dulu beranggapan bahawa GPS akan berhadapan dengan masalah untuk menang di di Sarawak sebab berpuluh tahun memangkah dacing? Tiba-tiba kita nak suruh dia pangkah GPS tapi bacaan saya silap. maknanya GPS boleh menang dengan dua pertiga majoriti di di Sarawak. Maknanya tidak ada masalah sekiranya kita menggunakan lambang baru lambang baru lebih bersih orang tak nampak track rekod kita tak nafikan UMNO BN ada dia punya cacat cela dia, 

Pakatan pun ada cacat cela dia. Sudah pastilah satu lambang yang fresh yang baru itu lebih baik. Tapi apa pun kita cuma boleh bagi cadangan, keputusan akhirnya akan diambil oleh pucuk pimpinan. Okey, okey. Sebab lambang Pakatan Harapan, di Kelantan ni Datuk mhm. dah boleh terima dah satu kerusi itu. Jadi, masalah lambang dacing ni rasa tak ada masalah rasanya. Untuk seluruh Malaysia lambang ooh kita kena terima hakikat, rakyat dah tolak kita, betul tak satu? Jadi fasal lambang dacing ni dah tak ada laguan, baik kita guna satu lambang itu tak boleh kita cakap tak relevan. 

Saya nak beritahu di kawasan kawasan Melayu khususnya lambang dacing itu mendapat kalau kalau dikira dari segi lambang dacing itu, dia mendapat sokongan daripada pengundi Melayu lebih daripada Pakatan Harapan. tapi lambang Pakatan Harapan itu mendapat sokongan daripada bukan Melayu lebih daripada Laman Racing kan. Jadi masing-masing ada kekuatan. Lama dacing ada kekuatan, lambang Pakatan Harapan pun ada kekuatan. Itu sebab saya mencadangkan supaya ada satu lambang baru bagi kalau boleh keseluruhan kerajaan perpaduan. 

Boleh pakai seluruh Malaysia. Itu yang terbaiklah. Akan ada kesan jugalah nanti PRU enam belas ini kalau kita guna lambang baru jadi kita tak boleh nak tengok betul-betul yang takut ada yang penolakan empat lambang ini sebab susah juga ini sebab apa? Betul kalau ada orang yang kalau gitu kita maintain je lah. Kalau you rasa ada penolakanmaintain sajalah BN bertanding atas tiket BN. PH bertanding atas PH. Betul tak? Tapi mana yang lebih baik Dato? Tak ada. so macam mana, Apa justifikasi? You merasakan itu lebih baik. Ooh yalah itu. Saya rasa macam mana? Ini, begini. 

Kita kalau nak bercakap, kita kena cakap berdasarkan fakta., kita tak boleh main semberono je. kalau nak kira, kalau nak kira hari ini, empat negeri diperintah oleh Barisan Nasional Kalau nak Tiga, tiga negeri diperintah oleh Pakatan Harapan. Tetapi kena ingat ada yang menang ketika separuh masa pertama. Ada yang menang ketika separuh masa kedua. So kita tak boleh tak boleh nak claim lambang mana lebih baik. Kalau you tanya dengan saya secara peribadi saya merasakan lambang baru bersih yang belum ada cacat cela. Dia ada adalah lebih baik. Yang belum ada track rekod lagi. Yes. 

Okey cantik. Itu pandangan sayalah. tapi Saya mungkin salah. Saya mungkin salah kan. Itu pandangan saya. Cuma akhirnya ianya kita serahkan kepada pucuk pimpinan kita semua majlis presiden sembilan belas parti politik yang berada di dalam kerajaan perpaduan ini Biar mereka yang menentukan bila tiba masanya perlu diperkenalkan laman baru itu biar mereka yang menentukan insya-Allah. Okey. 

Kalau ikutkan ha datuk dekat Kelantan ini geram je nak suruh pakai lambang DAP takut sangat okey saya waalaikumussalam datuk ya ya cakap. Pak long? Kalau nak buat baru pun kata nak ganti lambang anjing laman baru yang Datuk kata itu bersih tapi ni masalahnya presiden kita masalahlah itu masalah macam mana itu? Itu setakat mungkin kekalahan kekalahan UMNO sekarang ni punca daripada presiden juga kan? 

Okay saya boleh, boleh saya tanya tak? Apa yang menyebabkan anda merasakan kekalahan itu punca daripada presiden. Boleh tak jelaskan? Okeylah Dato. Kita berkempen, kita cakap Mydin ni macam-macam makan dia judi, buat apa-apa kluster mahkamah tapi airnya dia bebas sedangkan Zaid presiden masih lagi dalam okey pak long, saya nak tanya dengan pak long Datuk Zahid kena lapan puluh tujuh pertuduhandia dah bebas berapa pertuduhan? Dia dah bebas empat puluh pertuduhan. 

Maknanya dia sepuluh kali, sepuluh kali dah bebas. Dan dia melalui proses perbicaraan. Tetapi Muhyiddin tak melalui proses perbicaraan, Muhyiddin di peringkat awal lagi kertas pertuduhan dia itu cacat. Dia dibebaskan kerana sebab teknikal saja Tak bermakna lepas ini dia tidak boleh didakwa., selepas kertas pertuduhan itu diperbetulkan di bawah di bawah tuduhan laindia masih lagi boleh didakwa dan jangan lupa Pak Long hari ini dia ada kes bawah AMLA, ada kes rasuah yang masih lagi dia belum bebas. Berhubung dengan seratus sembilan puluh lima juta jadi yang betul-betul dah bebas ini Datuk Zahid kerana dia apa ini pihak pendakwaan dah kemukakan saksi, dah bagi peluang untuk dengarkan kes dan akhirnya hakim mendapati bahawa tidak ada prima fasi ke atas kes beliau. 

ini kena kena faham Datuk Zahid ni saya nak bagi tahu dia berhadapan dengan pendakwaan terpilih bila Mahathir panggil dia, Mahathir suruh dia bubarkan UMNO dan masuk Bersatu. Kalau dia ketika itu mengambil keputusan, bubarkan UMNO masuk Bersatu, dia akan bersih sebersih-bersihnya. Tidak ada satu pun daripada lapan puluh tujuh pertuduhan ni yang dia akan kena Bukti dia apa? Bukti dia, nama Mas Emiatiat, nama Mustafa Mohamad ada dalam senarai orang yang menerima duit 1MDB bersama dengan Tan Sri Shahrir Samad bersama dengan Datuk Seri Ahmad Maslan tetapi lepas keluar parti Mustafa keluar parti. 

Ada tak pendakwaan terhadap dia? Pak long kepala Are you there? Ya, ya, ya. Ha, tak ada kan? Ada. tak apalah. Jadi saya nak bagi tahu, pak long, di zaman di zaman kita berhadapan dengan kerajaan Mahathir Mohamad. Pendakwaan yang dikenakan ke atas presiden kita ialah pendakwaan terpilih, berniat jahat dan selective apa ni pendakwaan terpilih, berniat jahat dan melicious prosecution. 

Pendakwaan-pendakwaan yang berniat jahat dan bermotifkan politik hanya untuk imej presiden kita. Saya nak beritahu pak long ada ramai orang lain yang ada kes yang kita pun tahu tetapi disebabkan mereka ni berunding, ada yang berunding dengan Daim, ada yang berunding dengan dengan Mahathir. Last sekali mereka tak didakwa ada yang kes helikopter, ada yang kes apa ni menara ada yang kes marahada yang kes macam-macamlah. Cabul kehormatan dan sebagainya. 

Last sekali apa jadi dengan dia orang ini semua? Dia orang selamat Sebab apa? Sebab mereka tunduk dengan musuh kita. Jadi kita nak pilih pemimpin ini, kita nak pemimpin yang boleh jaga parti kita atau kita nak pilih pemimpin yang bersekongkol dengan musuh kita yang sanggup gadai parti kita, sanggup untuk Untuk membantu enam belas orang ahli parlimen BN melompat pergi Bersatu ha pemimpin-pemimpin UMNO di Sabah disuruh keras melompat pergi Bersatu, kita nak berkiblatkan pemimpin macam nikah atau kita nak pemimpin yang sanggup tanggung risiko didakwa sampai lapan puluh tujuh pertuduhan semata-mata kerana dia tak nak bubarkan UMNO. 

So you nak pemimpin yang macam mana ni pak long Tapi sekarang ni ya kalau kalau kita nak selamatkan UMNO ya datuk pun tahusekarang ramai yang lari berpaling daripada UMNO kerana presiden kita okay saya nak tanya dengan you, Pak Long okay mereka lari ni kerana Datuk Zahid memang corrupt kah kerana musuh UMNO menggambarkan Datuk Zahid kurang wallahuaklam tahu pun wallahuaklam. 

Bagilah bicara ni bagi habis dulu. Datuk Zahid dibebaskan empat puluh pertuduhan pertama itu bukan geng kita yang bebaskan dia. Dia bebas zaman sembahyang Sabri. Orang yang yang tak nak dia jadi presiden orang yang tak nak dia jadi perdana menteri. ini kita kena faham. Bukan dia dibebaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Bukan dia ini, ini Pak Long benda ini, mungkin ini ilmu baru Pak Long. Ha, ini mungkin ilmu baru. Tidak semestinya pemimpin kita yang berhadapan dengan pendakwaan terpilih kotor dan korup. Dan tidak semestinya pemimpin kita yang tidak ada pendakwaan, ataupun pendakwaan ke atas diri dia, atau kawan dia sudah digugurkan, mereka ini bersih. ini ini ayat barulah, Pak Long kena belajar. 

Saya nak bagi tahu. Okeylah itu okey okey saya nak tanya Pak Long lah, Pak Long tak marah, tak marah kalau misalannya kita turunkan Datuk Zahid sekarang ni siapa yang pak long rasa boleh jadi Presiden UMNO yang baik mungkin Tok Mat boleh kut. Rasa-rasanya Tok Mat ni dia kalis fitnah tak? Wallahuaklam lah Gini pak long pak long dulu Mahathir masa dia jadi perdana menteri orang panggil dia maha Firaun maha zalim betul tak betul tapi dia selamat boleh jadi Perdana Menteri dua puluh dua tahun sebab masa itu tidak ada internet. tidak ada zaman sosial media. 

Lepas itu Pak Lah ambil alih. Pak Lah ini dikenali sebagai mister clean Last sekali hilang enam buah negeri dua ribu lapan. Betul tak betul? Sebab apa? Sebab bila orang tak boleh kenakan Pak Lah, tak boleh burukkan Pak Lah, dia orang burukkan menantu Pak Lah. Betul tak Dia orang cakap budak tingkat empatlah, Khairy Jamaluddin lah. Ingat lagi Pak long. Ya, ya. 

Kalau nama Pak Long ini biasanya orang lama kan, dia mesti ingat apa yang berlaku pada tahun dua ribu lapan. Tapi saya nak tanya pak long, selepas dua ribu lapan, Pak La dua ribu sembilan letak jawatan kan? Ada tak orang belasah Khairy Jamaluddin lagi? Rasanya tak ada. Padahal dia naik Ketua Pemuda UMNO lepas itu. Betul tak? Dan dia kemudian menjadi Ketua Pemuda UMNO lepas itu. 

Ada pembangkang balun dia tak? Ada orang cerita tentang budak tingkat empat lagi? Tak ada Orang mula bantai Datuk Najib tapi sebab Datuk Najib ni bersih tak ada modal maka orang bantai siapa pak long orang bantai Rosmah betul tak? ya Rasulullah. semua orang salahkan Rosmah. wujudnya Grab pun dia orang kata, Rosmah ada share semua Datin Seri Rosmah kena. Betul tak betul? Betul, betul. Semenjak PMX jadi Perdana Menteri ni, ada kita dengar orang bantai Datin Seri Rosmah tak? Tak ada tak ada. Orang bantai siapa sekarang ni? Presiden pertama antara Presiden ah? sebab apa orang bantai presiden sebab dia presiden agak-agaklah hari ni yang kuat belasah presiden ini orang Perikatan Nasional kah orang Perikatan Nasional memanglah namanya pembangkang okey jadi sekarang ni saya nak tanya dengan pak long saya nak tanya Pak Long kalau misalannya hari itu November dua ribu dua puluh dua Datuk Zahid memutuskan dia nak bersama dengan Muhyiddin dan mengangkat Muhyiddin menjadi perdana menteri agak-agak hari ini orang-orang Perikatan Nasional ini balun tak datuk okey pak long. Okey pak long. assalamualaikum. Waalaikumussalam

Okey, ada soalan lain? Satu Lokman. Ya saya. Siapa dulu saya saya tanya dulu ya boleh okey boleh kalau Malaysia macam ni ah? Ya salam Malaysia madani okey saya penyokong PH lah okey tapi saya tengok kebanyakan dia kena kejang kena balun itu memang UMNO jugalahya I pun kesianlah sama UMNO tahu. Dalam FB kan, dalam FB kan, saya selalu tentang yang pihak-pihak musuh dalam komen saya memang tak kiralah. Kalau dia balunkah, balun UMNO punya orang, saya memang bantah dia oranglah. memang komen balik. Betul. Thank you, thank you, thank you. 

Saya tak kira sebab kita sudah dalam satu gabungan kan? Betul. Kita harus pertahankan kita punya gabungan. Sebab kita sudah nampak keharmonian kita memang sudah baik tahu. Ya. Kita ada berbagai bilang bangsa sudah dalam gabungan, hmm. Kita harus pertahankan. Betul. Betul tak? Betul. So, saya memang walaupun saya tengok dalam parlimen itu, itu Jelutong orang cakap Jelutong sotong pun dia pertahankan orang UMNO tahu sekarang. 

Ya. Anda nampak tak? Ya. Dulu dia memang tentang orang UMNO, tapi dalam parlimen itu sejak kita sudah bergabung, dipertahankan pertahankan Zahid juga. Kalau orang dituduh dia apa-apa macam kan, dia perlahankan presiden UMNO tahu. Hmm. Tak tapi, kesian betul, orang akar ubi, akar umbi, upgrade sendiri yang kutuk, yang presiden. Itu yang memang aku geramlah. Saya bukan ahli UMNO tahu. 

PH sebenarnya rocky yang banyak yang merapu, yang komen negatif ini semua geng Perikatan Nasional rocky memang yang mana yang mana komen-komen, you buka dia punya, dia punya TikTok you buka profil dia, you tengok posting dia, Perikatan Nasional rugi. Orang UMNO Yang betul-betul nak jatuhkan Datuk Zahid ni sikit je. Memang orang kita orang dalam juga itu Datuk. Adalah sikit yang pengkhianat ni tak ramai lagilah masih ada lagi. Ada lagi tapi tak ramai tengok dalam PRN punya sekarang yang baru punya ganti yang lepas ni hmm. 

Kita dulu kalau kita analisakan PRU empat belas punya punya kedudukan kalau gabungan memang kita boleh menang dia tahu. Setiap mana tempat pun kita boleh menang. Tapi kita kalah. Sebab apa? Ya. Sebab akar umbi UMNO biasa arah memang banyak pun tak undi. Ya. Tak undi sendiri punya calon. Hmm. Betul tak? Betul, betul. itu saya betul-betul geramlah UMNO tahu, Datuk kita rasa lebih, lebih daripada separuh orang UMNO, dia keluar mengundi dan dia undi BN dan PH. Tapi ada mungkin dalam thirty persen mereka sudah lariMereka kena hasut oleh oleh pemimpin-pemimpin yang khianat ini mereka sudah lari. Mereka undi PN. 

Tapi mungkin ada twenty persen yang tak keluar mengundi okey Yalah tapi kalau dia tak keluar pun dia tengok ahli UMNO kata ada tiga juta lebih ahli kan? Ya. Tapi tak boleh menang betul tak? Saya nak kata tak boleh menangRocky ah. Saya nak cakap kalau, kalau you kira itu macamsaya ambil Contoh DAP bertanding dekat itu Sungai Pelat Ha. Di sana ah? Dia menang emas. Menang tahu. SituChinese only twenty persenin the fifteen persen Situ Malaysixty persen tahu rugi Ya saya ha so maknanya pun ada ada main perananlah. 

Ada main peranan ada. Ada tapi dan PH pun banyak bantu untuk calon-calon kita menang juga. Kalau itu dua, dua kerusi ya, kalau PH tak bantu, Selangor kita dua kerusi pun tak dapat. Yalah ya yalah Ini empat tahunRocky ah. Ha. We must make sure kita punya kekuatan, kerjasama PH, BN ini. Kita perkukuhkan ha. Kita perkukuhkan. Kita kena perkasakan. So, that is why cakap hmm Ketua Pemuda UMNO kena main peranan sebab dia Ketua Pemuda kan? Ya. Kebanyakan orang-orang muda senang senang apa orang cakap? terpengaruh. Ya. itu musuh punya dia punya daya dia. Ya. 

Macam-macam tuduhan dia orang bagi. Dia orang senang senang terima. Ya. Betul tak? Hmm. Lagi ini satu kalau sekarang sudah kalah pun walaupun UMNO BN tak banyak menangan ya. Tapi yang ramai orang suruh Zahid letak jawatan. Ya. So ini satu perkara yang baik. Sepatutnya semua kena ambil tanggungjawab. Ketua-ketua bahagian mana yang petani pun dia orang kena bertanggungjawab juga. Betul tak? Hmm. Bukan presiden satu orang punya kerja. Itu yang paling senang ma Ha. Ha itu paling senang. Macam tuduh. Ha. Kalah saja you boleh kapten. 

Ha. Okey Datuk. Lagi satu hal isu amalan. Ya. Tadi ada ada bangkit tak isu apalah. Saya nak beritahu pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Jokowiye tak ada bincang isu amalan. You mesti mahu tahu kenapa hari ni ah? Geng-geng Perikatan Nasional hari ni. Dia main isu Amalan ni kerana ada kemungkinan besar ada satu pilihan raya kecil akan berlaku di Sabah. yalah itulah. ada satu orang UMNO ada satu orang UMNO planning nak letak jawatan dia orang sini pergi Sabah maa. Dan mereka pun ada ada kemungkinan besar mereka juga prepare for kemungkinan early PR di Sabah exactly so sekarang yang pihak musuh dia permainkan itu isu ambalah itu dia orang kata TMX tak berani dedahkan isi kandungannya kita kita sudah dedahkan sudah dedahkan bila isu bila Jokowi datang ini ini isu amalan terus terus terus apa ini keluar dan bila keluar kita terus dedahkan detail apa di dalam perjanjian itu. 

So semua sudah kita dah declare that's why kita sudah declare kebanyakan forum minister sudah declare ya ya dalam parlimen pun sudah jawab betul sudah jawab betul semua terjawab ya so kalau rasa kalau dia orang rasa kalau BMS tipukah bohongkah sila rujuk kepada jawatankuasa khas parlimen betul betul tak betul tapi bisik kat luar. Hmm. Tak payah bisik kat luar buat apa? Bisik kat luar. Sebab dia orang tahu kalau bawa pergi parlimen kan? They will not gain anything. So apa yang dia orang buat, dia orang nak manipulate isu ini untuk dapat sokongan orang Sabah. Ya. itu saja Okey, Rocky, thank you very much saksikan. Okey, okey, okey, saya ucap jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini. Kita dah Satu jam. Malam ni saya kena balik awal. Saya ucap jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bersama kita pada malam ni insya-Allah besok kita akan sambung lagi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bubar Parlimen Sekarang Elak Ekonomi Negara Hancur

Bubar parlimen sekarang untuk elak ketidak tentuan dan kestabilan politik yang semakin hari jadi huru-hara. Rakyat mahu hidup aman dan sejahtera macam dulu tanpa penganiayaan dari mana-mana pihak. Hentikan penganiayaan kerana politik dendam yang makin menjadi-jadi. Rakyat mahu kerajaan gagal ditukar dengan segera. Tempoh percubaan telah tamat. Kembalikan semula mandat kepada rakyat. Ok pertama sekali kena faham bahawa kita baru sahaja memenangi pilihanraya di negeri Melaka. Ok Alhamdulillah, kita berjaya memenangi 3/4. Maknanya kita sekarang ni dah dapat good mod untuk berhadapan dengan pilihan raya diperingkat persekutuan. Kalau kita lihat daripada pengalaman yang lepas salah satu sebab kita tewas dalam pilihanraya umum yang ke 14 antaranya kita sengaja melengah-lengahkan pilihanraya. Kita masih ingat lagi tempoh paling baik untuk kita adakan pilihanraya pada tahun 2017. Iaitu selepas sukan sea penghujung tahun tersebut, patutnya kita adakan pilihanraya pada ketika itu. Namun disebab

Zeti Tidak Boleh Didakwa Selagi Tak Tukar Kerajaan

Zeti tidak boleh didakwa selagi kerajaan masih kabinet Muhyiddin Yassin. Perkara ini telah bincangkan oleh Netizen yang telah mengajukan banyak soalan-soalan diruang komen dalam video live Lokman Adam.  Rakyat ingin tahu perkara sebenar. Sebab tu ramai yang bertanya. Tapi tak tahu nak tanya pada siapa. Jadi live Dato' Lokman lah tempat rakyat bertanya. Sekarang kita terus ke soalan-soalan berikut: Soalan dari Netizen Assalamualikum Dato' Bagaimana kita nak hendak heret kerajaan PH kemuka pengadilan yang jelas menurut fakta sebenar 1MDB hanya semata-mata hendak mengenakan Dato' Seri Najib Ini Jawapannya Dari Dato' Lokman Adam Saya rasa selagi tak tukar kerajaan ni payah sikitlah. Sebab selagi tak tukar kerajaan ni. Selagi itulah…  Ketua Hakim Negara lantikan Mahathir dikekalkan. Selagi itulah Peguam Negara lantikan Muhyiddin dikekalkan Dan selagi itulah orang-orang seperti Latifah Koya, orang seperti Tommy Thomas tidak boleh kita hadapkan ke muka pengadilan. Sebab kita k

Ketua Polis Negara Notis Merah Interpol Jho Low

Ketua polis negara yang baru mengeluarkan kenyataannya Jho Low masih belum lagi disenaraikan dalam notis Merah Interpol. Tapi dalam kenyataan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Feb 2020 dengan tajuk utamanya "Jho Low Telah Di Kenakan Notis Merah Interpol: MKN". Mana satu yang betul. Ini yang buat rakyat keliru. Tak tahu cerita mana yang betul. Dah macam cerita dongeng 2.6 bilion yang heboh di media sosial. Untuk itu rakyat ingin tahu cerita sebenar bukan cerita yang direka-reka oleh pihak tertentu. Kita dikejutkan semalam apabila ketua polis yang baru ini menyatakan Jho low dan beberapa nama lagi belum dimasukkan ke dalam notis merah Interpol. Pada 19 Februari 2020 ketua polis ketika itu, iaitu Tan Sri Hamid Bador telah menyatakan bahawa nama Jho Low telah pun dimasukkan ke dalam notis merah interpol . Semalam ketua polis yang baru menyatakan belum dimasukkan. Jadi persoalannya sekarang siapa yang bercakap bohong. Bekas ketua polis negara yang lalu atau pun ketua polis negara